Monday, August 20, 2012

APA SEBENARNYA MAHUKU?

....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

melihat kepada keadaan diri yang akan pulang ke kampung halaman tak lama lagi, ana jadi risau.. risau kerana merasakan diri masih belum cukup bersedia untuk menghadapi realiti ummat yang sudah terlalu tenat disana, risau juga akan terlalu penat untuk bekerja dan melawan arus jahiliyah yang laju datang bertimpa-timpa.. lebih risau lagi bila masih ting sana tong sini walaupun duduk dalam biah solehah alam fantasi tarbiyyah oversea.. 

keadaan ini mungkin serupa dengan akhwat oversea lain yang tak lama lagi akan pulang ke tanah air kita..

sering kali kita mendengar kisah-kisah kefuturan akhwat yang terjadi bila kembali ke medan sebenar kita; malaysia..

"dakwah dan tarbiyyah di oversea hanyalah fantasi"-quoted

kenapa fantasi? kerana terlalu ideal. mudah nak dapat, disuap-suap, DF kakak-kakak mantap.. manja! mengada!

sampai bila kita nak bergantung pada kakak-kakak? sampai bila kita harus dipujuk, ditanya-tanya, dipsyco-psyco untuk ke program? dimana kemahuanmu?

~

kemahuan yang tinggi kunci tsabat seorang daei.


kita nak buat apa pun kena ada kemahuan, kalau tak mahu kita tak akan buat, dan kalau buat pun, akan buat tanpa hati.. TANPA HATI.. *sad*

kita semua kan mahu menjadi 'little caliph'? yang memegang tanggungjawab berat membawa ummat kembali kepada islam yang sebenar.. bukankah itu cita-cita para duat? melihat islam kembali menjadi ustaziyatul alam?

pantaskah seorang daei untuk menjadi manja dan mengada? 
ouch.. kasar. aseef. ana tengah marah diri sendiri sebenarnya..

mungkin masalah sebenar kita adalah kita tak jelas pun apa yag kita tengah usahakan? kita tak yakin pun mungkin? atau boleh jadi sahaja kita terlibat dengan dakwah dan tarbiyyah atas dasar kepentingan diri.. bersebabkan ada 'kelebihan' yang boleh kita dapat dengan terlibat dalam dakwah dan tarbiyyah.. nauzubillah.. kitakah golongan itu?

adalah penting untuk kita semua hadam dan faham kepada siapa dan kerana apa dakwah dan tarbiyyah ini.. antunna tahu kenapa? kepada siapa?

ayuh muhasabah, tanya pada diri;


"dimanakan tahap kemahuanku pada dakwah dan tarbiyyah?" 
"apakah sudah diri ini benar-benar yakin dengan dakwah dan tarbiyyah?"
"apakah diri ini tahu dan yakin sebabnya kenapa mesti berada dalam dakwah dan tarbiyyah?"

kita semua sama, berada di atas jalan yang panjang dan sukar..


ingat, kita yang memerlukan dakwah dan tarbiyyah.. untuk diri kita sendiri.. jalan ke syurgaNYA..

fikir-fikirkanlah..

sekian.


2 comments:

aku-bukan-robot said...

apa mahuku ?
Allah!

FiQrY said...

insya'Allah..sentiasa istiqamah dan bermujahadah....tergapai-gapai di dalam kegelapan mencari cahaya yang indah...begitu jua dengan konsep dakwah... :)