Monday, August 20, 2012

APA SEBENARNYA MAHUKU?

....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

melihat kepada keadaan diri yang akan pulang ke kampung halaman tak lama lagi, ana jadi risau.. risau kerana merasakan diri masih belum cukup bersedia untuk menghadapi realiti ummat yang sudah terlalu tenat disana, risau juga akan terlalu penat untuk bekerja dan melawan arus jahiliyah yang laju datang bertimpa-timpa.. lebih risau lagi bila masih ting sana tong sini walaupun duduk dalam biah solehah alam fantasi tarbiyyah oversea.. 

keadaan ini mungkin serupa dengan akhwat oversea lain yang tak lama lagi akan pulang ke tanah air kita..

sering kali kita mendengar kisah-kisah kefuturan akhwat yang terjadi bila kembali ke medan sebenar kita; malaysia..

"dakwah dan tarbiyyah di oversea hanyalah fantasi"-quoted

kenapa fantasi? kerana terlalu ideal. mudah nak dapat, disuap-suap, DF kakak-kakak mantap.. manja! mengada!

sampai bila kita nak bergantung pada kakak-kakak? sampai bila kita harus dipujuk, ditanya-tanya, dipsyco-psyco untuk ke program? dimana kemahuanmu?

~

kemahuan yang tinggi kunci tsabat seorang daei.


kita nak buat apa pun kena ada kemahuan, kalau tak mahu kita tak akan buat, dan kalau buat pun, akan buat tanpa hati.. TANPA HATI.. *sad*

kita semua kan mahu menjadi 'little caliph'? yang memegang tanggungjawab berat membawa ummat kembali kepada islam yang sebenar.. bukankah itu cita-cita para duat? melihat islam kembali menjadi ustaziyatul alam?

pantaskah seorang daei untuk menjadi manja dan mengada? 
ouch.. kasar. aseef. ana tengah marah diri sendiri sebenarnya..

mungkin masalah sebenar kita adalah kita tak jelas pun apa yag kita tengah usahakan? kita tak yakin pun mungkin? atau boleh jadi sahaja kita terlibat dengan dakwah dan tarbiyyah atas dasar kepentingan diri.. bersebabkan ada 'kelebihan' yang boleh kita dapat dengan terlibat dalam dakwah dan tarbiyyah.. nauzubillah.. kitakah golongan itu?

adalah penting untuk kita semua hadam dan faham kepada siapa dan kerana apa dakwah dan tarbiyyah ini.. antunna tahu kenapa? kepada siapa?

ayuh muhasabah, tanya pada diri;


"dimanakan tahap kemahuanku pada dakwah dan tarbiyyah?" 
"apakah sudah diri ini benar-benar yakin dengan dakwah dan tarbiyyah?"
"apakah diri ini tahu dan yakin sebabnya kenapa mesti berada dalam dakwah dan tarbiyyah?"

kita semua sama, berada di atas jalan yang panjang dan sukar..


ingat, kita yang memerlukan dakwah dan tarbiyyah.. untuk diri kita sendiri.. jalan ke syurgaNYA..

fikir-fikirkanlah..

sekian.


Sunday, August 12, 2012

TADABBUR CINTA


....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•



kenapa Allah celupkan aku dalam keindahan cinta manusia..?

~

saya seorang yang sangat percaya yang Allah tak pernah jadikan apa-apa pun sia-sia.. tak kiralah pada pandangan manusia, perkara itu baik, ataupun tidak.. 

apa yang menjadikan satu pengalaman itu baik, atau tidak adalah bagaimana kita mentadabbur apa yang telah terjadi dari kaca mata seorang islam..

bercinta itu memang salah, tak kira cinta islamik ataupun cinta komik. selagi tanpa hubungan yang halal, salah tetap salah. haram tetap haram. noktah.

dengan mengeluarkan statement sedemikian tak bermakna saya tak pernah terjebak dalam fenomena yang sama.. 

ye, saya juga pernah bercinta. been there, done that. jadi, saya faham apa yang anda lalui, walaupun kisah kita tak serupa, tapi dasarnya sama, kita tergoda oleh bisikan syaitan, dan hasutan nafsu. sayalah insan yang berdosa itu.

astarghfirullahal azim..

tapi, tak bermakna, dosa noda yang pernah kita buat tak akan diampunkan Allah. Allah maha pengampun, dan semua orang yang mengaku beriman sedar akan hakikat itu.

mujahadah untuk keluar dari lubuk dosa itu terlalu pahit, pahit, kerana cinta itu terhias begitu indah sekali. tipulah kalau saya cakap saya tak merasai sakitnya mujahadah ni.. 

dalam perit itu saya mula berfikir, apakah tarbiyyah yang Allah ingin berikan untuk saya melalui pengalaman ini..



perkara pertama yang jelas adalah Allah nak saya belajar yang cinta yang sejati itu butuhkan pengorbanan, untuk mengecapi cinta-NYA, bukanlah hanya dengar tutur lidah lembut bicara semata. perlu bersama pengorbanan sebagai bukti segala ucapan. bukan hanya rasa dari satu hati yang terkorban, rasa dari dua hati.  

tapi, berbaloi insyaAllah, kerana sedikit demi sedikit rasa yang lebih manis timbul dalam hati, cinta pada-NYA. Alhamdulillah :)

dengan itu saya belajar erti pengorbanan.. cantik sungguh aturan-NYA. Alhamdulillah :)

bukan itu sahaja, Allah juga nak ajar saya supaya yakin dengan ketetapan takdirnya.

salah satu hasutan inche syaitan yang tak berapa nak kreatif dulu adalah; "jodoh itu butuh usaha". 

dan dengan itu saya jadi takut, masa dan tenaga yang pernah saya usahakan dulu tu akan jadi sia-sia, bila saya mula mengorak langkah perubahan.. 

ye, saya termakan jugak pujuk rayu syaitan itu. pathetic.

tapi, sekarang after a while, saya jadi faham sendiri, yang Allah sebenarnya nak tengok, nak uji, nak check samada saya betul-betul yakin atau tidak pada ketetapan yang dah Dia sediakan untuk saya. jodoh saya, telahpun Allah tetapkan sejak saya dalam perut bonda saya lagi.

lalu usaha apa yang patut saya lakukan? 
cuma ada dua;
doa dan usaha untuk menjadi seorang mukminah yang solehah.

tak akan terbina sebuah keluarga yang baik, andai ianya datang dari hasil kemurkaan Allah. itu melawan fitrah.

dan yang terakhir, saya faham yang Allah bagi saya rasa cinta seorang insan bernama manusia, untuk saya menghargai betapa besar dan agungnya cinta DIA pada saya. priceless. 

to be loved by Allah is everything that one could ever think of.

bukan hanya cinta itu indah, dunia juga jadi indah, hati jadi tenang, jiwa jadi makin matang, everything started to fall into place. pure bless. Alhamdulillah :)

mungkin ada yang akan cakap, it would be better if lansung tak pernah bercinta, suci, tak terpalit dosa.

tapi kan Allah lebih tahu apa yang dah DIA tetapkan. lagipun, tanpa hujan, tak siapa yang akan menghargai mentari dan pelangi, tanpa musim sejuk, tak ada yang akan menghargai musim bunga, tanpa air mata, tak siapa sedar betapa bernilainya perasaan gembira. :)

Allah knows best.

by saying all this, saya tak kata yang saya kuat, jadi saya mohon doa kalian, agar saya terus tsabat.

jazakumullahu khair (moga Allah membalas dengan kebaikan).



kepada yang masih mencari kekuatan, tetap teguhlah dengan janji Allah untuk kita. keluarlah dari perangkap cinta yang dihias indah oleh syaitan dan nafsu. kalau benar anda sayang diri anda, anda sayang dia. berlarilah ke syurga-NYA, bukan terus terjun ke neraka.

ingat, keampunan Allah itu maha luas, untuk kita semua hamba-hamba-NYA.

cinta; jangan jadikan anugerah ini satu musibah.

sekian.