....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•
kita semua ada kisah silam kita masing-masing..
dan hakikatnya tak ada seorang pun insan yang sempurna tak pernah dipalit dosa dan noda..
hanya Allah yang maha sempurna.. kita?
tidak.
"aku dah jahat sangat, nak ke Allah ampunkan aku?"
"ingat nak berubah senang ke?! pernah rasa?!"
"aku tak sedia lagi nak tinggalkan apa yang aku ada sekarang. hidup hu ha hu ha, enjoy, karaoke, wayang, aku suka. biarlah, nanti bila aku dah kuat aku berubahlah ea."
~
"dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang yang bertakwa. tidakkah kamu mengerti?"
(al-an'am:32)
kerana kita berada dalam sebuah dunia yang penuh dengan tipu daya, kita jadi tertipu..
kita jadi lupa mana tujuan kita.. kita jadi hanyut dalam keasyikan sementara..
dan yang lebih menyedihkan, kita lupa bahawa keampunan Allah itu maha luas tiada hadnya..
Daripada Anas r.a, katanya : “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman : “Wahai anak Adam! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi. Wahai anak Adam! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu. Wahai anak Adam! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]
~
kita boleh kata kita berdosa, kita banyak salah, tapi untuk kata Allah tak akan ampunkan kita itu salah.. kerana keampunan Allah tu sangat luas untuk kita hamba-hambaNya..
Allah sayang kita, percayalah..
~
saya tahu bukan mudah untuk berubah, bukan mudah untuk istiqomah, bukan mudah untuk melawan rasa di jiwa.. takpe.. cubalah sikit-sikit.. insyaAllah lama-lama kekuatan tu akan datang..
ingatlah pengakhiran kita cuma ada dua; syurga @ neraka.
kalau kita tak mulakan langkah untuk ke syurga itu sekarang, kita hanyalah menunggu untuk melangkah masuk ke neraka..
sekaranglah masanya.
jangan takut, Allah akan bantu..
insyaAllah Dia pasti bantu..
yakin. percaya.
:)