Thursday, June 28, 2012

saya nak yang itu, tapi DIA bagi yang ini..


....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

terlalu banyak yang kita impikan dalam hidup ni.. kita merancang untuk menjadi itu, dan memiliki ini..

ada yang terealisasi, tapi tak kurang juga yang terkubur dan di lupai.. 

kerana,
kita merancang tapi Allah jualah yang menentukan segalanya; menjadi atau hanya tinggal mimpi.

kadang-kadang kita rasa kita dah usaha dengan sehabis baik dah untuk mendapatkan apa yang kita citakan.. kita rasa dah cukup dah doa-doa yang sering kita panjatkan.. tapi, kita kecewa saat apa yang terjadi tidak seperti yang kita hajati.. 

kerana,
kita lupa saat itu, Allah memberi sesuai dengan apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita idamkan.. 


"Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu sangat baik bagi kamu (sementara) yang kamu sukai mungkin tidak baik bagi kamu. Dan Allah mengetahui tetapi kamu tidak mengetahui."
[al-Baqarah, 2:216]

kita kena sentiasa yakin bahawasanya terdapat hikmah yang maha indah, maha terbaik disebalik setiap apa yang Allah dah tentukan pada kita..

percayalah, apa pun yang berlaku.. itu adalah yang terbaik.. insyaAllah..

(:

sekian.

Sunday, June 24, 2012

KELAPANGAN HATI

....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

minggu lepas berlalu dengan wajah yang muram, dan hati yang resah, resah dan penuh kebuntuan.. tenggelam dalam kecelaruan.. hampir hilang, hanyut..

fikir itu, fikir ini.. terbang, melayang.

hati meronta, inginkan hikmah, hikmah disebalik apa yang telah terjadi, jiwa jadi makin tak tenteram.. 

dan tangisan pun menemani diri.. 

"ya Allah, bantu aku untuk melalui ini, bantu aku untuk benar-benar redha.. bantu aku untuk menyucikan hatiku ini.."


lalu, dengan sentuhan kasih-NYA, DIA memberikan pujukan-NYA.. buat diri ini..


Dengan nama ALLAH yg Pengasih, Maha Penyayang

"Bukankah kami telah melapangkan dadamu? 
Dan kami telah menurunkan bebanmu Darimu, Yang memberatkan tanggunganmu, 
Dan kami tinggikan sebutan (nama)mu Bagimu. 
Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, 
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. 
Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), 
tetaplah berkerja keras (untuk urusan yg lain). 
Dan hanya kepada Tuhanmu lah engkau berharap."


Allah aturkan untuk usrah minggu ni mak usrah saya bagi tafsir surah ni; surah Al Insyirah.

selama ni, saya selalu je baca surah ni, lagi-lagi bila nak exam, ataupun bila ada presentation, assignment nak buat ke, sebab ayat "bersama kesulitan, ada kemudahan" tu lah.. rasanya ramai jugak yang amalkan surah ni kan? baca je la tapi, fahamnye idak le~ ehem.

tapi, after saya dapat tafsir surah ni.. hati saya jadi berbunga-bunga.. mekar, mewangi.. hilang semua sedih yang saya tanggung hampir seminggu tu.. rasa terbang di awangan.. seronok! blessed! :)

Alhamdulillah..

maksud nama surah ini sendiri adalah 'kelapangan hati'. mahunya tak terasa lapang hati ni.. :) lagi-lagi bila dah faham tafsirnya.. suka! suka! 

Allah turunkan surah ni selepas surah Ad-dhuha, untuk siapa yang nak tahu kisah ad-dhuha, boleh tengok video yang saya bubuh kat bawah entri ni. highly recommended, trust me, it can change you life. :)

btw, apa yang saya tersentuh sangat dengan surah ni ea?

simply because, saya rasa yang Allah nak bagitahu saya, tiada apa yang perlu saya resahkan, sebab DIA dah pun bantu saya untuk melapangkan dada saya. apa yang saya perlu buat sekarang adalah menumpukan sepenuh hati, jiwa malah segala-galanya hanya kepada-NYA.

saya rasa terlalu peribadi untuk share apa yang saya lalui, cukuplah untuk saya katakan yang saya amat bersyukur atas apa yang telah terjadi, 

dan keyakinan tentang adanya hikmah itu semakin meninggi, dan.. saya dah tak mahu mempersoalkannya, kerana hikmah itu adalah milik-NYA, kelak, bila masanya tiba, pasti DIA akan menunjukkan hikmah itu pada saya. :)

kuncinya adalah : hanya kepada-NYA lah kita berharap.

:)

ini video surah ad-dhuha tu, pendek je.. tapi zuuppp! menyusuk ke dasar hati.

bukak hati luas-luas, doakan Allah tunjukkan sesuatu, tekan button play, selamat menonton!
may Allah bless.



:)

sekian.

Friday, June 22, 2012

UMMAT TENAT? SO?


....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸

bila melihat realiti ummat yang makin tenat, diri rasa 
"fuh~ awat teruk sangat?"

bukak facebook keluar update Berita Harian : 

"warga emas dirompak"
"mat rempit bla.. bla.. bla.."
"buang bayi sini sana.."

itu baru surat khabar online, kalau dapat la baca semua jenis surat khabar yang ada, mesti lagi macam-macam yang keluar, kan?

kalau kat Malaysia tu, saya ada la jugak keluar jalan-jalan jumpa akhowat dan kawan-kawan, so ada la peluang nak tengok gelagat orang..

yang keluar melepak tu memang nampak banyaknya,
"takpe, mungkin mereka keluar berbulatan gembira (usrah).." huhuk.

yang berkepit gegadis and jejaka pun banyaknya,
"diorang dah kawen tu.." *mudanya~*

yang tak tutup aurat? huhuk. no komen.

yang merokok? biasa lettew kan?

erk~

JAP!

cuba tengok diri sendiri la pulak:

mutabaah amal dah jaga betul-betul?

berapa kali qiam dalam seminggu?

pagi tadi al-mathurat separuh je kan? *huhuk.*

ada pergi ziarah kawan-kawan?

berapa buah buku fikrah yang dah khatam?

errrrrrrr~

usrah ponteng, daurah mengelat, buat kerja separuh hati!

hihi.. *buat muka comel*

jahiliyyah tu nak simpan buat koleksi peribadi ke?

.  .  .

*nangis*

seee.. diri sendiri pun ada masalah yang tak settle, nak kata orang!! haah ambik, setempek kena kat muka sendiri..

huhuk malu-malu!

~

kalau betul kita kisah tentang ummat, 
kita akan jaga amalan wajib dan perbanyakkan amalan sunat,
 kita akan jaga tarbiyyah diri kita baik-baik.. 
sebab apa?
sebab hanya dengan menaiki tangga pertama, tangga-tangga lain dapat kita daki.
faham tak? tak?

hehe, jom-jom nak kenalkan anda semua dengan 7 tangga maratib amal:

*(ustaziyatul alam = rujukan seluruh dunia)

nampak jelas tak?

kalau betul kita peduli tentang ummat, kita akan peduli untuk membetulkan diri kita..
untuk memastikan yang tarbiyyah diri kita sentiasa awesome..
nak kena settle betul-betul 10 muwasafat tarbiyyah tu.

kenapa?

bila kita dah kuat, bolehlah kita nak panjat tangga tu satu persatu.. 
yeay! <-- tetibe ter'excited.. 

tapi.. kalau seorang je yang jadi individu muslim, pun tak jadi jugak.. sebab tu kena semua orang, usaha sama-sama untuk meng'awesome'kan diri masing-masing sebagai seorang mukmin sejati.
barulah 7 maratib amal boleh jadi realiti..

sebab itu jugak..

"Islah Nafsak wad'u Ghairak." atau "Islahkan dirimu dan ajaklah yang lain.
*islah = memperbaiki, memperbetul atau meningkatkan.

see, dakwah dan tarbiyyah itu juga perlu seiring.

uhuk, ok, jauh sangat dah ni, main dakwah-dakwah pulak dah! hoho.

saya berhenti sampai situ, so that kita semua boleh think and reflect, 

1. kenapa ummat makin tenat dengan pelbagai penyakit.
2. apakah peranan kita untuk memperbaiki ummat.
3. mutabaah amal sihat? <-- (TT____TT): *dush3 kat muka sendiri*

~

akhir kata, kalau betul peduli hal ummat, jom betulkan diri!

renung-renungkan dan selamat beramal!

sekian.




Thursday, June 21, 2012

SEDANG MENCUBA..


....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸

"redha itu bukan hanya dengan menerima apa yang berlaku, tetapi redha itu adalah, menerima setiap apa yang berlaku dengan berpuas hati dan positif yang pasti ada hikmah yang terbaik disebaliknya"


bila diuji kita senang nak rasa lemah, senang je nak rasa sesak di dada.. mulalah, air mata ikut bercucuran jatuh dan hati mula rasa tak senang..


waktu ni lah inche syaitan dengan aktifnya mencucuk-cucuk.. benda yang nampak tak logik pun boleh dilogikkan oleh inche syaitan beserta bala tenteranya.. ih3..


dan sekarang sebenarnya, saya sedang merasakan yang diri sangat diuji, trust me, menangis tu dah macam pelengkap kehidupan dah.. nak senyum pun kena paksa diri.. lagi-lagi depan budak-budak kat sekolah tu.. kesian diorang dapat cikgu yang muka tegang and bosan ni.. huhuk.. and hari-hari duk psycho diri sendiri:


"wawa, senyum!"
"senyum wa!"
"senyum!"


pathetic.


but then, inilah ujian yang bakal menguji sejauh mana saya sudah faham dan hadam maksud REDHA.. benarkah saya ini REDHA, atau sebenarnya saya ni main REDAH je.. huhuk.


=.="


sekarang sudah tiba masanya untuk Allah uji tahap REDHA saya.. dan saya sangat positif yang dengan izin Allah saya pasti mampu untuk melalui ujian ini dengan jayanya.. insyaAllah..


dan, hari-hari yang mendatang akan dihujani dengan ujian-ujian dari aspek lain pulak..


saya percaya yang Allah menguji untuk menutup lompong kekurangan dalam diri kita.. Allah uji kesabaran kita, Allah uji ketabahan kita, Allah uji kebergantungan kita pada-NYA, dan lain-lain.. Allah akan terus menguji, hingga seluruh kekurangan kita, dapat kita atasi.. dan kelak, bila kita kembali pada-NYA, kita adalah suci dari noda..


kuncinya adalah KEIMANAN..


redha itu sendiri adalah menifestasi iman.


so, kuat! kuat!


percayalah dengan rahmat-NYA..


:)





sekian.



Tuesday, June 12, 2012

KERANA SAYANGNYA DIA


....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

saya sangat seronok tengok kawan-kawan disekeliling saya, sama-sama dengan saya, bermujahadah untuk meraih cinta Allah..
ada yang rasa bahagia dengan mujahadahnya..
ada pula yang rasa susah sangat..
dan tak kurang jugak, yang berbolak balik..
sekejap sekejap bahagia, sekejap sengsara..
sama la dengan saya, 
ada masa rasa kuat sangat,
then the next minute terus rasa down..
huhuk..

tapi saya tetap seronok dengan mujahadah ini..
kenapa saya seronok..? saya seronok sebab saya tahu ada orang yang sama-sama berjuang dengan saya..
walaupun mungkin mujahadah kami berbeza..

ada yang berjuang nak jaga aurat..
ada yang berjuang nak kurangkan masa yang terbuang tanpa faedah..
ada yang berjuang nak jaga hati..
ada yang berjuang nak berlapang dada..
ada yang berjuang nak mula menegur kawan-kawan kearah kebaikan..
ada pula yang berjuang nak mangawal emosi.. <-- saya la tu!
hoho.

ingatlah, tak kira apa pun perjuangan kita. apa jua mujahadah kita. kita bersama-sama.. sebab apa, sebab kita semua buat untuk mendapatkan keredhaan Allah..

betul tak? 
(:

so, janganlah rasa lemah. sebab, bukan sahaja kita bersama, malah Allah pun bersama dengan kita. in fact, DIA sendiri pun tak pernah tinggalkan kita..

setiap kesakitan, kesengsaraan, dan air mata yang mengalir, DIA pandang.. DIA tahu.. DIA tahu..

yakinlah dengan janji-NYA..


sisters,
dulu kan, masa saya kat matrik (KMPk terchenta), ada la pernah menyalin satu surat (mungkin surat).. and, saya nak share dengan semua dalan entri kali ni.. jom baca!! (:

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND THE MOST MERCIFUL.. 
READ THIS:

jika kau merasa lelah dan tidak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia.. Allah tahu betapa keras engkau sedang berusaha..

ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sedang menghitung airmatamu..

jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja.. Allah sedang menunggu bersama-samamu..

ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk meluangkan masa dengan dirimu.. Allah sentiasa berada disampingmu..

ketika kau fikir bahawa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi.. Allah mempunyai jawapannya..

ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan.. Allah bersamamu untuk menenangkanmu..

jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan.. sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu..

ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan syukur.. Allah terlebih dahulu sudah memberkatimu..

ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban.. Allah akan tersenyum kepadamu..

ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi.. Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu..

oleh itu ingatlah bahawa di manapun engkau atau kemanapun engkau berada.. Allah akan mengetahui dan sentiasa berada disampingmu..

"Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu 
memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta."
[Al Fussilat: 31]

~


saya suka nak ingatkan diri saya saat saya lemah, dan terjatuh, yang Allah sedang memerhatikan setiap perbuatan saya, dan Allah tengah menilai semua yang saya lakukan, untuk DIA tengok, mana yang boleh DIA beri ganjaran.. saya tahu DIA amat sayangkan saya.. sayangkan anda semua jugak..

ingatlah.. Allah ada dengan kita.. selalu.. sentiasa..

so, kuat! kuat!
Allah sayang kita, kenapa kita tak sayang diri sendiri kan?

mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis..
tapi..
mujahadah bisa jadi indah, kalau kita yakin yang Allah ada bersama..

(^_^)

with that,
salam mujahadah.

sekian.


Monday, June 11, 2012

KERANA CINTA INI PERLU DISAMBUT

....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

hari ini Allah bagi lagi peluang pada saya untuk sungguh-sungguh cuba meraih cinta-NYA.. 
memilih saya untuk bersama insan-insan yang sedang bermujahadah dalam menuju keredhaan-NYA..
sedangkan semalam, saya sangat ego, ego dalam mengaku salah dan liat untuk meninggalkan jahiliyyah diri..
bukan tak sedar.. cuma tak mahu.. degil!

tapi, tanpa henti Allah selalu menyapa saya dengan cinta-NYA, menarik saya sedikit demi sedikit kearah ad-dien-NYA..

saya tak buat apa pun.. usaha pun tak ada.. mujahadah pulak malas..
namun, Allah tak pernah putus asa untuk menghantar hidayah-NYA kepada saya..
lebih dari itu lagi, Allah hantarkan pulak insan-insan yang sangat cintakan-NYA untuk mendidik hati saya agar lembut dan terbuka untuk menerima hidayah-NYA..

subhanallah..

saya dapat rasakan yang Allah sangat sayangkan saya.. Allah sentiasa memberi walaupun saya sentiasa berlari..
entahlah saya lari dari apa.. lari dari redha illahi? atau mungkin, lagi dari syurga-NYA? lari menuju murka dan neraka-NYA? nauzubillah.. aduh! 


memikirkannya sahaja buat saya jadi seram.. takutnya.. tapi.. entah kenapa, semalam, tika diri masih menarik tali dengan hidayah-NYA, saya rasa, macam setiap kejahilan dan salah yang saya buat, itu indah.. 

Dan (ingatlah) ketika syaitan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan (dosa) mereka dan mengatakan,”Tidak ada orang yang dapat mengalahkan kamu pada hari ini, dan sungguh, aku adalah penolongmu.” 
(Al-Anfal, ayat 48) 

rupanya.. dulu saya tunduk pada hasutan inche syaitan.. saya ikut apa yang dia suruh.. hmm.. teruklah saya ni..

tapi.. tapi.. tapi.. Allah tak hukum saya terus.. Allah still bagi peluang untuk saya menilai kembali setiap apa yang pernah saya lakukan.. saat saya hampir jatuh ke jurang neraka-NYA, DIA tarik saya, selamatkan saya dari situ.. DIA tunjukkan kepada saya arah yang betul.. jalan pulang kepada-NYA..

jadi apa yang saya patut lakukan sekarang? adakah saya akan terus lalai dari mengingati-NYA? terus tetap dengan ego saya? terus-terus mahu menyimpan jahiliyyah saya?

bagaimana andai..

andai ini adalah kali terakhir DIA pilih saya untuk diberikan-NYA peluang untuk menjadi pencinta-NYA?

andai hidayah yang datang hari ini, berlalu pergi bila saya tidak mahu menyambut kedatangannya?

andai esok bukan lagi ada untuk saya?

andai saya tak menyambut cinta-NYA kali ini, alangkah ruginya saya.. dan, malangnya saya.. dan kufurnya saya atas nikmat hidayah kurniaan-NYA yang paling besar ini.. yakni nikmat iman.. dan islam.. 

sudah tiba masanya untuk saya membuat perubahan..
untuk meninggalkan segala kejahilan..
untuk bermujahadah dengan penuh kesungguhan..
untuk mencari dan merasakan kemanisan iman..

saya pilih hari ini, dan sekarang..
"sayonara jahiliyyah, welcome hidayah!"

anda bila lagi?


Daripada Anas r.a, katanya : “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t telah berfirman : “Wahai anak Adam! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi. Wahai anak Adam! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu. Wahai anak Adam! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]

JOM taubat. JOM jaga hati. JOM mujahadah. JOM menuju keredhaan-NYA. JOM ke syurga-NYA!

Yosh!!

(: