Monday, April 30, 2012

:: BANGKITLAH! ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•





Mars Kepanduan (Mujahid Setia)

Munsyid : Shoutul Harokah
http://liriknasyid.com

Bangkitlah mujahid bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan
Ayunkanlah langkah perjuangan
Mati syahid atau hidup mulia
Siapkan dirimu siapkan
Gentarkan musuhmu gentarkan
Takkan pernah usai pertarungan
Hingga ajal kan menjelang
Enyahkan rasa takut dan gentar
Walau raga kan meregang nyawa
Karena Allah tlah janjikan surga
Untukmu mujahid setia



~~~

wahai sahabat,
ayuhlah bangkit dari lamunan.
bangkit dari tidur lena kita..

BANGKIT!!!

~

sekian.

Saturday, April 28, 2012

:: poligami tu kan sunnah! ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•



sunnah.


bila saja kita sebut tentang sunnah Rasulullah, yang terlintas dalam fikiran kebanyakan orang *especially lelaki* mesti berkaitan dengan poligami. kan? kan? kan?


ye kan je lah ea..


saya sebenarnya malas nak sentuh bab poligami ni, saya kawen pun tak lagi. so saya nak cerita benda lain la.
*seperti biasa, tajuk lain, isi lain*


tapi jap!


baca la sampai habis.. ;)





~


korang tahu apa sunnah terbesar yang Rasulullah wariskan kepada kita tak?


tak? tak sure? tahu?


haa.. yang tahu tu bagus. yang tak tahu tu.. mai saya nak habaq mai..


:)


bila sebut tentang sunnah, kita sering kaitkan dengan cara hidup seharian, cara makan, cara tidur, cara bergaul dengan orang sekeliling dan sebagainya. ye itu betul. tapi kita lupa, sunnah terbesar baginda adalah dakwah dan jihad fisabilillah..


baginda tidak pernah meninggalkan kerja-kerja dakwah baginda walaupun sedetik.. bermula dengan wahyu pertama yang baginda terima sehinggalah hembusan nafasnya yang terakhir. segalanya adalah demi dakwah islam.


kerana dakwah dan jihad baginda jua lah islam sampai kepada kita pada hari ini.. ye benar Allah yang mengatur segalanya, tapi perit pahit baginda berdakwah dan berjihad tidak dapat kita sangkal..


“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah”.
[Al-Ahzab : 21]


kalau kita kata kita ni berpegang dengan sunnah Rasulullah, DAKWAH BUKANLAH SATU PILIHAN, TAPI SATU KEWAJIPAN.


dan ingatlah juga,
“Dan siapakah yang lebih baik  perkataannya  daripada  orang yang  menyeru  kepada  Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata; Sesungguhnya aku dari kalangan orang muslim (yang berserah diri)?” 
[Al-Fussilat : 33]


~


ingatan buat diri saya juga. selagi islam tak berada di puncak dunia, selagi itulah dakwah itu satu kewajipan.


~


sekian.








Thursday, April 26, 2012

:: F.A.L.L.S (Sand Dunes) ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•



F.A.L.L.S part II (SAND DUNES)




dah baca part I?


saya nak proceed kepada part II :)


teruskan membaca ye..


~~~
saya tak pernah menyangka akan bertemu padang pasir di new zealand.. tapi.. sangkaan yang tak saya sangka ini meleset..huhuk, bahasa.. =.=" abaikan.






padang pasir.


rasanya siapa yang pernah cuba untuk mendaki bukit pasir dan berjalan di atas padang pasir pasti tahu kepayahannya.. yang pasti tak semudah berjalan atas jalan tar la kan.. 


saat mentadabbur alam, terdengar suara-suara dari akhwat:


"macam ni la dulunya Rasulullah dan para sahabat rasa berjalan di atas padang pasir.."


.


"nasib baik kat sini sejuk, Rasulullah dulu berpanas di tengah padang pasir dalam usaha baginda berdakwah.."


.


"ayuh akhwat! rasalah sedikit apa yang Rasulullah dan para sahabat dulu rasa.."


.


itu semua hanya sedikit. sedikit nak dibandingkan dengan padang pasir yang terik di tanah arab. berbeza amat. *tunduk.reflect*


~


Allahu Allah..


sekian.





Sunday, April 22, 2012

:: Autumn in My Heart : F.A.L.L.S ::



....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•



F.A.L.L.S part I (CAPE REINGA)

~~~

cuti easter yang dah berlalu dihabiskan dengan mentadabbur* alam di bumi indah new zealand.

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

terlalu banyak nikmat yang Allah limpahkan buat diri ini..

terlalu banyak juga yang ingin diri ini kongsikan dengan semua.. satu entri tak akan cukup untuk menceritakan semuanya..

mungkin kali ini saya hanya akan mulakan dengan tema F.A.L.L.S ini sendiri..

kalau ikut bahasa maksud falls sama la dengan autumn, iaitu musim luruh.. tapi kami terjemahkan setiap huruf dalam FALLS menjadi;

For Allah's Love Let's Strive

untuk menggapai sebuah cinta yang maha agung ini memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh.

~~~

salah satu tempat yang kami lawati adalah cape reinga. di sini berlakunya pertembungan 2 lautan iaitu lautan tasman dan juga lautan pasifik.

sebagaimana yang difirmankan Allah dalam surah Ar-Rahman ayat 19 yang bermaksud:

"Dia biarkan dua lautan bertemu,di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembusi."

sungguh! 2 lautan ini bertembung.
setiap satunya seperti bertemu pantai ditengah lautan, sedang mereka sebenarnya bertembung antara satu sama lain, bertembungnya 2 lautan dengan ketumpatan yang berbeza.. Allah.. Subhanallah..




pada pukul 4:30AM kami bergerak dari auckland, dan pada pukul 1:00PM kami tiba di cape reinga.. hampir 8jam perjalanan.. 

dengan lautan yang luas di di depan mata, hilang penat lelah sepanjang perjalanan..

sama seperti tema yang keagungan itu memerlukan sebuah usaha yang bersungguh-sungguh, begitulah juga perjalanan kami untuk sampai ke cape reinga ini..
penuh dengan pendakian yang berliku, jauh, berbukit, berjurang, tapi apa yang Allah sediakan dipenghujung jalan itu terlalu indah.. hilang penat, terhapus lelah..

Alhamdulillah..

~~~

lalu, tiadalah hujah lagi wahai diri untuk menyangkal sebuah perjuangan dalam kehidupan.. kerana yang kita kejarkan adalah sangat tinggi nilaiannya di hadapan Allah.. kita kejarkan redhaNYA.. kita kejarkan sebuah pertemuan denganNYA.. pasti harganya lebih tinggi dari sekadar pendakian dan perjalanan 8jam tanpa henti..

Allahuakbar!

Allah menjanjikan sebuah syurga buat para pencintaNYA.. buat para hambaNYA yang berusaha untuk menggapai cintaNYA..

tidakkah kita mahu mendapatkan pengakhiran yang maha indah ini?

jalannya cuma satu; dengan berusaha untuk menggapai cintaNYA..

maka, ayuhlah semua kita berjuang untuk kembali kepadaNYA dengan sebaik-baik keadaan kembali.. sebagai para syuhadaNYA insyaAllah.. 

~~~

mujahadah itu perit dan pahit, kerana syurga itu penuh nikmat dan manis..



sekian.

*tadabbur : melihat, memandang, berfikir dan mengambil pengajaran.


Sunday, April 8, 2012

: anugerah bintang popular (ABPBH) *WAJIB BACA!* ::



....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•





nota : saya sekarang kat new zealand ye..


~


realitinya saya memang tak tahu pun 'kejadian' ABPBH 2011 semalam (semalam eh?). saya assume je 'kejadian' tu berlaku semalam, sebab:
1. saya tak tengok 'berita' hiburan.
2. tak keluar pulak kat surat khabar nz ni cerita pasal ABPBH ni.. 
3. saya memang dah lama benti tengok ABPBH dari kat malaysia dulu lagi..


and.
entri ni tercetus sebab lebih 70% update kat reading list saya adalah tentang 'ABPBH'
*peace*





~


ops. 


so, korang salah baca entri ke? korang nak tahu pasal result ABPBH semalam ye? aduh~ sorry.
tak ada kat sini..


TAPI!
please baca sampai habis ye? *muka.penuh.pengharapan*


~


pagi tadi (waktu new zealand) seperti biasa saya dan sisters saya pun kuliah kejap la ye..
kami disedarkan dan disentapkan dengan isu SYRIA.. ala yang keluar dalam surat khabar worldwide tu.. bukan keluar kat surat khabar malaysia atau new zealand je tau..


eh. korang sedar tak isu ni?
sedar? tahu? faham ke tak?


benda semua orang tahu. tercetus dengan banyaknya tahun lepas.
outdated dah eh?
yep. saya tahu isu ini bukan 'kejadian' panas yang berlaku semalam. kan?


kan?


tapi.. mereka masih lari merana.


~


saya cuma nak kita fikirkan sejenak, apa yang perlu kita 'sokong'. apa yang perlu kita 'tahu'. dan apa yang perlu kita 'perjuangkan'.


saya tak berniat nak singgung sesiapa, cuma nak kita sama2 fikir dan muhasabah je..


mai tengok video ni mai..




nak tekan pangkah kat hujung kanan?
takmo view video?
takpelah, saya tak paksa korang ikut apa saya suruh, cuma saya mintak, jangan ikut apa SYAITAN suruh.. 
tekan la play, kejap je video ni..


~


dah habis tengok?


"DARAH yang mengalir di SYRIA adalah DARAH KITA!"


apa yang korang rasa?
islamkah kita kalau kita buat tak tahu?


ye, saya tahu, kita memang tak mampu nak pergi perang kat sana tu, tapi fikirkan ini :


1. apakah normal bagi kita, untuk bersenang2 dan bergembira bila ada 'anggota tubuh' kita yang sakit?


2. salah satu kekuatan umat islam itu adalah DOA, ada pernah kita doakan mereka kat sana?


3. mereka berperang dangan 'jiwa' dan 'jasad' mereka.. kita? perang 'jiwa' pun kita gagal lawan. bagaimana nanti andai 'jasad' kita diserang?


*jiwa kita lemah diserang halus dengan hiburan dan kecintaan pada dunia*


~


saya tak mahu ber'syarah' lebih panjang, anda boleh tengok, anda boleh nilai sendiri..


siapa KITA? adakah KITA benar2 bersama mereka dan benar2 menjadi KITA..


fikirkanlah.


~


islam semakin bangkit. mahukah anda bersama2 kami? untuk menjadi KITA?
pilihan ditangan anda.


p/s : nak tahu caranya? kembali kepada islam yang sebenar. jiwa, dan jasadi.
apa2 pertanyaan lanjut boleh pm saya di page :: ThE GaRden oF LoVe ::


out!