....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•
melihat kepada lebam yang sudah 3 minggu tak surut, membiru. membatu. hati jadi terusik. benda yang kita rasa buruk, kita terlalu ingin nak buang dari diri kita. terlalu berharap ia pergi. hilang. sembuh.
pengharapan itu adalah pada suatu kuasa yang maha hebat, yakni, kuasa yang ada hanya ada pada Allah swt.
terusik hati. terpukul rasa. yang kelihatan itu kita terlalu menjaga, sedang yang tersembunyi itu, adanya kita zahirkan tiada.
lahirnya indah terjaga, namun hakikatnya hati bersarang dosa.
apakah ini nilaian insan yang dikatakan umat terbaik dalam al-quran?
pukulan semalam masih terasa. tangisan kelmarin masih bersisa. ketenangan yang hilang dek sesak noda dalam dada. menekan diri memakan rasa.
masa lalu itu, sungguh aku sudah tidak mahu. namun, cita-citaku masih rendah di dunia, tidak cukup tinggi untuk menggapai syurga.
diri, ingatlah. Allah sayang hamba2Nya, hanya hamba2Nya yang sering alpa dari mengingatiNya.
"Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya, akan tetapi, hamba-hambaNya yang selalu menzalimi diri mereka sendiri." [Surah Yunus: 44]
sekian.
8 comments:
(= semoga thabat, dan sentiasa dalam redhaNYa kak ^^
moga kita lupa.
perjalanan masih jauh..manfaatkan sbaik-baiknya utk kebaikan..
InsyaAllah...
baru perasan tertinggal tak. moga kita tak lupa.ngee~
semoga kita tidak tergolong dalam mereka yg menzalimi diri sendiri
hmmm bener juga ya
mudah2an kita tidak termasuk ke dalamnya
Dia selalu ada untuk kita :)
makasih banyak infonya
Post a Comment