Friday, January 4, 2013

Masa, Usia dan Sesalan.

....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


masa terus berputar, hari silih berganti, siang datang malam pergi, malam singgah siang mengundur diri. itulah putaran masa dalam kehidupan. tetap. tak akan pernah berhenti selagi Allah menghendaki. 


"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar".

dan sungguh, masa yang berlalu tanpa benar-benar meletakkan Allah sebagai ghoyah (tujuan) dalam setiap amalan seharian kita adalah merupakan satu bentuk kerugian.

apabila saya melihat kembali kepada sebuah perjalanan kehidupan seorang insan bernama Nurussalwa, saya lihat terlalu banyak kerugian yang telah saya lakukan, hatta selepas tarbiyyah menjadi hidangan utama sehari-harian. oleh itu, saya coretkan tentang masa dalam entry kali ini. kerana, saya tak mahu anda, anda, dan anda, mengalami kerugian yang sedemikian rupa juga.

Dari Ibn Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda:
"Dua nikmat yang kebanyakan manusia rugi (kecewa) dalam menerima keduanya iaitu nikmat sihat dan waktu lapang." (Riwayat Bukhari 6412)

untuk mujahadah itu tak mudah, untuk bertahan itu butuh kekuatan, dan untuk melakukan lebih itu adalah rahmat dari Tuhan.

ada kata-kata dari seorang ukhtifillah ni, katanya:
"percayalah apa yang telah berlaku itu adalah yang terbaik, dan apa yang terbaik untuk masa akan datang adalah apa yang kita lakukan atas dasar ketaatan kepada Allah swt."

wajarlah diri merasa kecewa, kerana diri memang telah melakukan salah, namun untuk terus hidup dalam kekecewaan, itu bukanlah mampu membawa apa-apa perubahan. maka, ambillah masa, muhasabah seketika, lihat mana yang salah, selidik mana yang kurang, mohonlah kekuatan, mohonlah petunjuk jalan dari-Nya, moga amalan yang mendatang, menjadi pengukuh hubungan kita dengan-Nya, ar-Rahman.


tahun 2013 baru sahaja menjelang tiba, tahun baru dalam kalendar masihi ini sering disambut dengan Azam baru yang ingin dicapai dalam setahun yang bakal ditempuh; maka, rasanya masih belum terlambat lagi untuk kita sama-sama menetapkan suatu azam yang lebih bermakna dalam kehidupan ini. yakni untuk istiqomah bermujahadah dan berjuang dalam sebuah perjalanan yang masih lagi panjang; perjuangan menegakkan kembali ustaziyatul alam. usia kita mungkin pendek, mungkin kita bukanlah saksi tertegaknya islam di bumi ini, namun yakinlah, andai Allah ghoyah kita, destinasi terakhir kita pasti akan bertemu dengan-Nya.



Asr adalah waktu yang diberikan kepada manusia sejak dia hidup lagi hingga dia mati di dunia ini untuk beribadah dan dipertanggungjawabkan kelak di akhirat. (quoted)

jadi, sebelum habis usia kita dimamah masa, marilah kita mula melangkah, kata bijak pandai, "janganlah harapkan Allah membantu kita berjalan, sedangkan kita sendiri yang malas nak mengangkat kaki". 

usaha itulah yang Allah pandang, Allah kira, Allah nilai.

ayuh! menuju mardhotillah insyaAllah. :)

sampai bertemu lagi,
salam.


2 comments:

Anonymous said...

(= moga Allah redha

Nur Hafizah said...

jom terus bekerja kerana-Nya! :)