....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•
disebalik wajah ceria, tersembunyi bermacam duka..
disebalik senyum tawa, tersembunyi kisah luka..
kita semua sama, masing-masing punya cerita..
yang mana, penyusunnya adalah hanya DIA..
semakin kita mengenal dunia, semakin kita mengenal diri kita, semakin kita mengenal manusia, semakin jugalah kita mengenal Pemilik segalanya; yakni, Allah swt.
cerita kita mungkin berbeza, namun dengannya, Allah mentarbiyyah kita tentang konsep yang serupa.
tentang ujian, tentang kesabaran, tentang kehidupan, tentang redha, tentang cinta, tentang iman, tentang istiqomah, tentang mujahadah, tentang kebergantungan kita padaNya semata.
subhanallah, setiap seorang dari kita, disentuhNya dengan cara yang berbeza, lalu dibawa kita menuju satu tujuan yang sama, yakni ghoyah (tujuan/cita-cita) kita, iaitu, hanya DIA.
tetapi, untuk sendiri dalam menyusuri onak duri dakwah dan tarbiyyah itu bukanlah sesuatu yang mudah, sedang Rasulullah sendiri punya para sahabat yang sentiasa menemani di sisi, dalam perjuangan menegakkan risalah ini.
akhwat bak mawar berduri, bila satu nampak indah, namun bila ramai menyerlahlah ia. dalam menyebar cinta DIA, dan berkongsi cerita cinta ini, adalah lebih cantik andai sekuntum mawar tidaklah sendiri, biarlah sejambak bersama, moga dari sejambak bisa jadi sebatas, lalu jadi sekebun dan menyebar luas menjadi setaman.
menyebar cinta samalah seperti awan yang bergerak, berarak ke sana, berlalu ke sini, meneduhkan alam, membasahi dan menyuburkan bumi. bila dilihat, tenang terasa. yang redup, redup. yang gelap menimbulkan pengharapan pada Tuhan. makhluk alam ini, semuanya ada peranan, membawa manusia untuk lebih ingat pada Tuhan.
perjalanan ini, perjalanan yang panjang, walaupaun penat, perjalanan harus kita teruskan. biarlah melangkah kita bak kura-kura comel yang berkaki pendek. namun ia istiqomah melangkah sampai ke penghujung jalan perjuangan. mohonlah pada Allah moga langkah kita tidak seperti arnab yang tertidur di pertengahan jalan. kerana destinasi cinta kita ada dipenghujung kehidupan.
jadilah juga kita bak pohon-pohon yang melatari bumi, yang memerlukan segala macam baja dan nutrien untuk membesar dengan sempurna. samalah juga dengan kita, jadikanlah baja dan nutrien dari dakwah dan tarbiyyah sebagai sumber utama dalam mematangkan kita di atas landasan cinta dakwah dan tarbiyyah kerana dan kepada Allah. lantas, memberikan dan menyebarkan kebaikan pada seluruh alam kehidupan. Pesan as-syahid imam hassan al-banna: "Jadilah kamu di kalangan manusia seperti pokok, walaupun dibaling dengan batu, tetapi kamu membalas dengan buah". insyaAllah, sama-sama kita usaha. :)
seperti juga pantai dan lautan. saling meneguhkan, menyempurnakan. dilihat orang menenangkan, walau hakikatnya sedang bergelora dilanda taufan. belajarlah dari laut, luas, saujana mata memandang. seperti itu jugalah seharusnya hati kita, luas dan lapang, bisa bertahan dan berlapang dada menerima ujian dan badai, dan dalam masa yang sama, mampu mendamaikan mata-mata yang memandang, yang mana dengannya mengingatkan hati-hati insan kepada yang Maha Menciptakan.
biarlah kita ini tak terkenal dimata manusia, asalkan harum nama kita disisiNya. disebut-sebut penduduk langit, dinanti-nantikan penghuni syurga. insyaAllah. bak langit yang membiru, yang kadang-kadang orang lupa keberadaannya, ataupun orang tak pernah nak mengucap syukur atas kewujudannya. menjadi payung kepada bumi. begitulah juga kita para daie. yang memayungi perjuangan suci ini.
tulip yang cantik dipandang, teguh bertunjangkan pendiriannya, walau ditiup kuat dek angin ujian dan godaan, tetaplah juga ia bertahan. moga kita juga biasa jadi seperti tulip, yang berpaksikan hanya pada satu tujuan, iaitu Allah swt dan keredhaanNya. dan moga dengannya kita akan beroleh kemanisan dalam iman, lantas mampu untuk menyentuh hati-hati insan, agar kembali ke dalam ketaatan.
dalam perjuangan ini juga, kalau boleh kita mahu terbang. tinggi kelangit illahi. paling tidak pun, kita ingin punya sayap kecil sang rama-rama yang moga dengannya kita bisa terbang menyebarkan cintaNya. kalau dulu kita beluncas, harapnya hari ini kita adalah rama-rama yang indah. insyaAllah. :)
kita mungkin kelihatan keras seperti batu atau nampak tak sesuai didekati seperti rambutan, merah minta dijauhi. namun, insyaAllah disebalik ketegasan dan kekerasan yang tampak diluaran itu tersembunyi kemanisan dan kelembutan. malah, dari batulah ter'extract'nya logam. yakni suatu yang amat berguna kepada manusia, yang Rasulullah sebutkan dalam hadis yang biasa kita dengar, iaitu:
“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham” (HR Abu Hurairah)
dalam usaha kita untuk mengejar redha Allah, moga Allah tautkan hati-hati kita agar dapat kita sama-sama menguatkan antara satu sama lain, saling mengingatkan tika lupa, dan menyokong ketika lemah. insyaAllah.
"dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana." [8:63]
moga Allah redha dengan kita.
selamat menempuh fasa baru dalam D&T akhwatfillah.
:)
Assalamualaikum wbt.
4 comments:
Subhanallah...
Cerita kita..berbeza plot tp tujuan yang satu,mencari keredhaanNya :)
aminn , sungguh luar biasa
sangat bagus
Post a Comment