Tuesday, January 15, 2013

Tazkirah Kesakitan


....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


melihat kepada lebam yang sudah 3 minggu tak surut, membiru. membatu. hati jadi terusik. benda yang kita rasa buruk, kita terlalu ingin nak buang dari diri kita. terlalu berharap ia pergi. hilang. sembuh.

pengharapan itu adalah pada suatu kuasa yang maha hebat, yakni, kuasa yang ada hanya ada pada Allah swt.

terusik hati. terpukul rasa. yang kelihatan itu kita terlalu menjaga, sedang yang tersembunyi itu, adanya kita zahirkan tiada.

lahirnya indah terjaga, namun hakikatnya hati bersarang dosa.

apakah ini nilaian insan yang dikatakan umat terbaik dalam al-quran?

pukulan semalam masih terasa. tangisan kelmarin masih bersisa. ketenangan yang hilang dek sesak noda dalam dada. menekan diri memakan rasa.

masa lalu itu, sungguh aku sudah tidak mahu. namun, cita-citaku masih rendah di dunia, tidak cukup tinggi untuk menggapai syurga. 



diri, ingatlah. Allah sayang hamba2Nya, hanya hamba2Nya yang sering alpa dari mengingatiNya.

"Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya, akan tetapi, hamba-hambaNya yang selalu menzalimi diri mereka sendiri." [Surah Yunus: 44]

sekian.


Friday, January 11, 2013

Cerita K.I.T.A :)

....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


disebalik wajah ceria, tersembunyi bermacam duka..
disebalik senyum tawa, tersembunyi kisah luka..
kita semua sama, masing-masing punya cerita..
yang mana, penyusunnya adalah hanya DIA..

semakin kita mengenal dunia, semakin kita mengenal diri kita, semakin kita mengenal manusia, semakin jugalah kita mengenal Pemilik segalanya; yakni, Allah swt.

cerita kita mungkin berbeza, namun dengannya, Allah mentarbiyyah kita tentang konsep yang serupa.

tentang ujian, tentang kesabaran, tentang kehidupan, tentang redha, tentang cinta, tentang iman, tentang istiqomah, tentang mujahadah, tentang kebergantungan kita padaNya semata.

subhanallah, setiap seorang dari kita, disentuhNya dengan cara yang berbeza, lalu dibawa kita menuju satu tujuan yang sama, yakni ghoyah (tujuan/cita-cita) kita, iaitu, hanya DIA.

tetapi, untuk sendiri dalam menyusuri onak duri dakwah dan tarbiyyah itu bukanlah sesuatu yang mudah, sedang Rasulullah sendiri punya para sahabat yang sentiasa menemani di sisi, dalam perjuangan menegakkan risalah ini.

akhwat bak mawar berduri, bila satu nampak indah, namun bila ramai menyerlahlah ia. dalam menyebar cinta DIA, dan berkongsi cerita cinta ini, adalah lebih cantik andai sekuntum mawar tidaklah sendiri, biarlah sejambak bersama, moga dari sejambak bisa jadi sebatas, lalu jadi sekebun dan menyebar luas menjadi setaman. 


menyebar cinta samalah seperti awan yang bergerak, berarak ke sana, berlalu ke sini, meneduhkan alam, membasahi dan menyuburkan bumi. bila dilihat, tenang terasa. yang redup, redup. yang gelap menimbulkan pengharapan pada Tuhan. makhluk alam ini, semuanya ada peranan, membawa manusia untuk lebih ingat pada Tuhan.


perjalanan ini, perjalanan yang panjang, walaupaun penat, perjalanan harus kita teruskan. biarlah melangkah kita bak kura-kura comel yang berkaki pendek. namun ia istiqomah melangkah sampai ke penghujung jalan perjuangan. mohonlah pada Allah moga langkah kita tidak seperti arnab yang tertidur di pertengahan jalan. kerana destinasi cinta kita ada dipenghujung kehidupan.


jadilah juga kita bak pohon-pohon yang melatari bumi, yang memerlukan segala macam baja dan nutrien untuk membesar dengan sempurna. samalah juga dengan kita, jadikanlah baja dan nutrien dari dakwah dan tarbiyyah sebagai sumber utama dalam mematangkan kita di atas landasan cinta dakwah dan tarbiyyah kerana dan kepada Allah. lantas, memberikan dan menyebarkan kebaikan pada seluruh alam kehidupan. Pesan as-syahid imam hassan al-banna: "Jadilah kamu di kalangan manusia seperti pokok, walaupun dibaling dengan batu, tetapi kamu membalas dengan buah". insyaAllah, sama-sama kita usaha. :)


seperti juga pantai dan lautan. saling meneguhkan, menyempurnakan. dilihat orang menenangkan, walau hakikatnya sedang bergelora dilanda taufan. belajarlah dari laut, luas, saujana mata memandang. seperti itu jugalah seharusnya hati kita, luas dan lapang, bisa bertahan dan berlapang dada menerima ujian dan badai, dan dalam masa yang sama, mampu mendamaikan mata-mata yang memandang, yang mana dengannya mengingatkan hati-hati insan kepada yang Maha Menciptakan.


biarlah kita ini tak terkenal dimata manusia, asalkan harum nama kita disisiNya. disebut-sebut penduduk langit, dinanti-nantikan penghuni syurga. insyaAllah. bak langit yang membiru, yang kadang-kadang orang lupa keberadaannya, ataupun orang tak pernah nak mengucap syukur atas kewujudannya. menjadi payung kepada bumi. begitulah juga kita para daie. yang memayungi perjuangan suci ini. 


tulip yang cantik dipandang, teguh bertunjangkan pendiriannya, walau ditiup kuat dek angin ujian dan godaan, tetaplah juga ia bertahan. moga kita juga biasa jadi seperti tulip, yang berpaksikan hanya pada satu tujuan, iaitu Allah swt dan keredhaanNya. dan moga dengannya kita akan beroleh kemanisan dalam iman, lantas mampu untuk menyentuh hati-hati insan, agar kembali ke dalam ketaatan.


dalam perjuangan ini juga, kalau boleh kita mahu terbang. tinggi kelangit illahi. paling tidak pun, kita ingin punya sayap kecil sang rama-rama yang moga dengannya kita bisa terbang menyebarkan cintaNya. kalau dulu kita beluncas, harapnya hari ini kita adalah rama-rama yang indah. insyaAllah. :)


kita mungkin kelihatan keras seperti batu atau nampak tak sesuai didekati seperti rambutan, merah minta dijauhi. namun, insyaAllah disebalik ketegasan dan kekerasan yang tampak diluaran itu tersembunyi kemanisan dan kelembutan. malah, dari batulah ter'extract'nya logam. yakni suatu yang amat berguna kepada manusia, yang Rasulullah sebutkan dalam hadis yang biasa kita dengar, iaitu:

 “Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham” (HR Abu Hurairah)

  

dalam usaha kita untuk mengejar redha Allah, moga Allah tautkan hati-hati kita agar dapat kita sama-sama menguatkan antara satu sama lain, saling mengingatkan tika lupa, dan menyokong ketika lemah. insyaAllah.

"dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana." [8:63]

moga Allah redha dengan kita.

selamat menempuh fasa baru dalam D&T akhwatfillah.

:)

Assalamualaikum wbt.


Friday, January 4, 2013

Masa, Usia dan Sesalan.

....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


masa terus berputar, hari silih berganti, siang datang malam pergi, malam singgah siang mengundur diri. itulah putaran masa dalam kehidupan. tetap. tak akan pernah berhenti selagi Allah menghendaki. 


"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar".

dan sungguh, masa yang berlalu tanpa benar-benar meletakkan Allah sebagai ghoyah (tujuan) dalam setiap amalan seharian kita adalah merupakan satu bentuk kerugian.

apabila saya melihat kembali kepada sebuah perjalanan kehidupan seorang insan bernama Nurussalwa, saya lihat terlalu banyak kerugian yang telah saya lakukan, hatta selepas tarbiyyah menjadi hidangan utama sehari-harian. oleh itu, saya coretkan tentang masa dalam entry kali ini. kerana, saya tak mahu anda, anda, dan anda, mengalami kerugian yang sedemikian rupa juga.

Dari Ibn Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda:
"Dua nikmat yang kebanyakan manusia rugi (kecewa) dalam menerima keduanya iaitu nikmat sihat dan waktu lapang." (Riwayat Bukhari 6412)

untuk mujahadah itu tak mudah, untuk bertahan itu butuh kekuatan, dan untuk melakukan lebih itu adalah rahmat dari Tuhan.

ada kata-kata dari seorang ukhtifillah ni, katanya:
"percayalah apa yang telah berlaku itu adalah yang terbaik, dan apa yang terbaik untuk masa akan datang adalah apa yang kita lakukan atas dasar ketaatan kepada Allah swt."

wajarlah diri merasa kecewa, kerana diri memang telah melakukan salah, namun untuk terus hidup dalam kekecewaan, itu bukanlah mampu membawa apa-apa perubahan. maka, ambillah masa, muhasabah seketika, lihat mana yang salah, selidik mana yang kurang, mohonlah kekuatan, mohonlah petunjuk jalan dari-Nya, moga amalan yang mendatang, menjadi pengukuh hubungan kita dengan-Nya, ar-Rahman.


tahun 2013 baru sahaja menjelang tiba, tahun baru dalam kalendar masihi ini sering disambut dengan Azam baru yang ingin dicapai dalam setahun yang bakal ditempuh; maka, rasanya masih belum terlambat lagi untuk kita sama-sama menetapkan suatu azam yang lebih bermakna dalam kehidupan ini. yakni untuk istiqomah bermujahadah dan berjuang dalam sebuah perjalanan yang masih lagi panjang; perjuangan menegakkan kembali ustaziyatul alam. usia kita mungkin pendek, mungkin kita bukanlah saksi tertegaknya islam di bumi ini, namun yakinlah, andai Allah ghoyah kita, destinasi terakhir kita pasti akan bertemu dengan-Nya.



Asr adalah waktu yang diberikan kepada manusia sejak dia hidup lagi hingga dia mati di dunia ini untuk beribadah dan dipertanggungjawabkan kelak di akhirat. (quoted)

jadi, sebelum habis usia kita dimamah masa, marilah kita mula melangkah, kata bijak pandai, "janganlah harapkan Allah membantu kita berjalan, sedangkan kita sendiri yang malas nak mengangkat kaki". 

usaha itulah yang Allah pandang, Allah kira, Allah nilai.

ayuh! menuju mardhotillah insyaAllah. :)

sampai bertemu lagi,
salam.