....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•
Lelah Manusia
Dalam sebuah karangan kisah yang panjang,
Bermula dari sapa tanpa suara,
Terus ke bicara tanpa bunyi,
Langsung tercipta beribu babak bagi sebuah kisah.
Aku pernah disapa putus asa,
Tngis yang entah apa makna menemani jejak-jejak cita,
Aku mungkin terlalu takut,
Kerana terasa diri berada dalam gelita cerita.
Entah apa yang sering ada difikirmu,
Yang pasti dimindaku sering berbuah persoalan,
Dan hatiku masih penuh dengan harapan.
Kisah panjang yang terasa pendek,
Dalam rasa panjang dalam masa pendek,
Entah apa yang engkau mahu,
Dan kerana masa yang menekan,
Entah apa jualah yang aku mahukan.
Moga kisah pendek yang tersa panjang ini,
Diberikan keputusan yang terbaik oleh Tuhan,
Lelah manusia kerana sering mengejar,
Sesuatu yang hanya diketahui oleh-NYA.
Sungguh,
Kita hanya mampu berdoa,
Kerana aku sudah buntu dalam usaha.
out.
1 comment:
Eva pun dh penat dan buntu in trying. Miss u akak comel :*
Post a Comment