Tuesday, April 16, 2013

NIKAH: bersediakah kita?

....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


pernikahan.


bersediakah?

apa yang menjadi ukuran dalam sedia dan tidak sedianya kita dalam hal ini?

ada orang kata, 

"selagi tak habis belajar, selagi itu tak sedia."

yang lainnya pula,

"selagi tak punya kereta dan rumah, selagi itu tak sedia."

lebih jauh lagi,

"rasanya sampai bila-bila pun takkan sedia."

benar, kalau nak difikir logik dan berani dan tak beraninya seseorang itu. mungkin sebenarnya sampai bila pun takkan pernah bersedia.

samalah macam nak bergerak dari alam belajar ke alam pekerjaan. serius, rasanya macam tak bersedia, ehem saya ni final year student, trust me perasaan tak sedia tu memang ada.

lagi-lagi tadi ada orang siap wish "selamat menempuh alam baru". wah. macam esok je nak kena p bekerja. I am so not ready yet. huhuk.

but still. it depends on how people look at the issue.

jap.

kenapa cik wa bercerita tentang ini? 

saya saje nak share dan nak kita berfikir tentang ini:

"bila rasa cinta, perkara pertama yang harus difikirkan oleh akal adalah bernikah"-quoted


ehem.

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)."
[3:14]

Allah dah state dalam ayat ni yang Dia sendiri yang menjadikan rasa cinta dan kesukaan (hub). dan dalam konteks enrty ni pada wanita (juga lelaki bagi wanita).

kakak usrah saya kata, rasa cinta dan kesukaan itu tak salah tapi, ALLAH should be on top of them la.
faham?

Allah tak larang cinta, cuma untuk bercinta Allah suruh bernikah. kalau betul on top of everything kita letak Allah, pasti yang satu ni pun kita akan patuh. :)

tapi, saya faham, nak merialisasikannya bukan mudah. susah ngat. huhuk.

berdasarkan pengalaman saya yang tak berpengalaman mana ni, there are many things that we need to take into consideration before we proceed into marriage.

and, kali ni saya nak share la apa preparation and consideration yang perlu kita buat dan fikirkan before nak berbaitul muslim :)


berdasarkan daurah baitul muslim yang pernah saya hadiri, ada 5 jenis persiapan yang seseorang wanita atau lelaki itu perlu bina sebelum (juga perlu diteruskan) selepas bernikah.

1) Ruhi (hubungan dengan Allah)
2) Ilmi (tentang rumahtangga, dan psycology wanita & lelaki)
3) Jasadi (pastikan tubuh badan sihat)
4) Financially (jangan sampai terbeban dengan hutang)
5) Ijtimaiyah / socially (bagaimana nak 'masuk' dalam family pasangan)

persiapan menuju pernikahan itu perlu menyeluruh barulah insyaAllah perkahwinan yang dibina tidak hanya bertahan di dunia, tapi kekal ke syurgaNya.

oh ya, saya bukanlah expert in the field. cuma saya nak share apa yang pernah di share kepada saya. al maklumlah, lately, dengar desas-desus kawan-kawan nak melangkah masuk ke alam perkahwinan ni makin menjadi-jadi. even my best friend is getting married soon :) alhamdulillah. 

moga kita berjaya dalam usaha mencapai mampu. :)

amin.

and for consideration.

ramai yang berkira-kira tentang pilihan. betul atau tidak. tapi pada saya, andai sudahpun memilih untuk berkenal, dan dah pun kenal (walaupun tak 100%), takkan masih punya rasa nak cari pilihan lain? tapi, kalau betul2 rasa tak serasi, saya no komen.

lain dari itu hal keluarga. pada saya, kalau keluarga tak setuju, dah bincang baik-baik ada yang tak kena, mungkin perlu dipertimbangkan untuk mengikut kehendak keluarga. tapi kalau keluarga ok. ok la kan?

kes lain adalah duit. ye, faham je nak kawin zaman sekarang ni mahal. ada orang kata kena sedia puluhan ribu. amboi. banyaknya. yang ni no komen. 

ada yang masih belajar. risau tentang pelajaran.

ada yang dah kerja, fikir tentang kereta & rumah takda.

ada yang dah ada kereta rumah, fikir tentang kerjaya tak sudah-sudah. tak pun, ada yang fikir, tak puas enjoy lagi membujang. eh. -.-"

banyak sebenarnya nak kena fikir. kan? 

sebenarnya nak cakap, toksah risau pelik-pelik sangatlah. cubalah mencapai mampu. bersedialah dengan segala persediaan.

bila masanya tiba, ianya pasti terjadi, ketika itu, Allah yang decidekan: "inilah masa sedia mu."

after all, kan jodoh tu Allah dah tentukan saat usia kita 4 bulan dalam kanduangan ibu?
[refer Hadis no.4 dari hadis 40]

renung-renungkan, dan selamat beramal.

:)

salam.


3 comments:

Mizz Aiza said...

setuju sangat.. macam akak dh masuk umur 30tahun ni.. tapi masih belum berumahtangga.. akak redha di atas ketentuan Allah swt sebab akak yakin Allah swt tahu apa yang terbaik untuk kita pada masa kini dan akan datang.. jangan berputus asa untuk terus berusaha&berdoa..

zainul zaki said...

saya suka... good job

zainul zaki said...

Yupe btul tu.. kna always besabar...yakin boleh :D