Thursday, March 29, 2012

:: GM2J Victoria Uni, Wellington ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•



(credit to : Akhi Megat Ikhwan)


‎'Manaaki Whenua, Manaaki Tangata, Haere whakamua'
Care for the land, Care for the people, Go forward.



~


out.

Sunday, March 11, 2012

:: bagaikan hati burung ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•



foto burung @ www.digaleri.com

Alhamdulillah semalam berpeluang untuk KUSEM (KUliah SEpuluh Minit) dengan my sisters kat rumahku syurgaku di welly ni..


kami share2 tentang keyakinan dan tawakal dari kitab Riyadhus Shalihin.


dan saya tertarik dengan satu hadis ni tentang hati.


Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Masuklah ke dalam syurga itu para kaum yang hatinya seperti hati burung." (Riwayat Muslim) 


sebabnya hati burung ni penuh dengan tawakal.


"Sungguh, seandainya kalian bertawakal kepada Allah sebenar-benar tawakal, niscaya kalian akan diberi rizki sebagaimana rizki burung-burung. Mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang.” (HR. At-Tirmidzi).


~~~


comel je kan? HATI BURUNG.. lepas je saya dengar hadis ni, setiap kali saya nampak burung mesti saya reflect balik diri saya.. sejauh manakah nilai tawakal saya padaNYA..


kadang2 tu rasa down bila ada benda yang tak kena, mulut kata itu takdir, tapi hati tetap rasa tak tenang.. nampak sangat la yang hati ni tak tinggi lagi tawakalnya.. aish.. malu dengan dengan burung..


kan setiap sesuatu tu Allah dah tentukan.. kita hanya perlu YAKIN, PERCAYA, USAHA dan TAWAKAL sesungguh kita..


at the end of the day, NATIJAH (result) itu tetap adalah atas kehendak ALLAH..

*peace*

~~~

out~


Tuesday, March 6, 2012

:: timetable yang osem! ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•



klik gambar untuk lebih kejelasan (rosak bahasa)

osem kan?
memang banyaknye masa free~
this is heaven!
oppss..

~~~

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: 
Maksudnya:

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]"
~~~
Ada dua nikmat yang ramai orang tertipu oleh keduanya; iaitu nikmat sihat dan waktu lapang.” [Hadis riwayat Bukhari]
~~~
osem memang osem, tapi kalau salah guna musibah namanya..
soo..
"tolong ingatkan aku.." (ada gaya ana rafali tak?) huhu~
ingatkan bila saya lupa untuk gunakan masa dengan baik ye.. ;)
~~~
memandangkan jadual harini kelas pukul 10AM sekarang dah 8:33AM.. saya p siap2 dulu noh..
nak share
FB status pagi ni :
"pagi yang gelap.. kini sudah terang..

^^,

morning!

lets us wish for a better day.. wish untuk mendapat 'cahaya' yang menerangi hati harini.. insyaAllah.

(^_^) ♥"


out!~


Thursday, March 1, 2012

:: kawen? ape tu? ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•



mengikut kamus dewan cik nurussalwa edisi 2012, perkahwinan membawa maksud penyatuan dua jiwa yang saling cinta mencintai dan rindu merindui.. ceceh.. geli tak? geli tak?


huuuuu~


saya saje gurau je ye..
(^_~) wink2~


ada orang kata, kawen tu sebabnya untuk melengkapi antara satu sama lain, dan dah fitrahnya manusia itu inginkan kepada perkahwinan.. betul kan?


ye.. betul.. saya setuju sangat.. tapi kawen tu apa sebenarnya?? adakah Allah menganugerahkan satu ikatan yang bernama perkahwinan ini hanya untuk memenuhi fitrah seorang insan bernama manusia?


hmm..


macam terlalu cetek je.. cetek kan? macam fitrah hidup manusia ni matlamatnya adalah perkahwinan.. ye ke?


maybe, sebab tu la ramai orang couple and bercintan cintun even before kawen sekarang ni.. eh~ opss~ terasa la.. *fuh2~
(siapa terasa saya mintak maap noh.. huhu)


sebenarnya, perkahwinan hanyalah satu medium @ alat @ kenderaan (eh~ macam ape je..) untuk kita menuju kepada kehidupan abadi yang sejahtera..


tahu apa?


SYURGA.


walaupun kata orang perkahwinan itu sendiri adalah syurga dunia, tapi itu bukanlah matlamat utama kita.. sebab matlamat utama kita adalah syurga di akhirat sana..


kan? kan?


nak p syurga tak? nak?


easy, kawen la.. :P 
opss.. jap!
kawen dengan siapa ye?


dengan yang ensem? kaya? cool? anak datuk? artis? errr~


dengan..
-->


"dengan orang yang CINTA benar dia pada Allah, yang RINDU benar dia pada Allah, yang ingin BERJUMPA benar dia denganNYA.. dan yang dia ingin kita bersamanya MENCINTAI, MERINDUI, & BERJUMPA dengan ALLAH swt.. then pasti akan dia seiringan membimbing tangan kita ke syurgaNYA.. insyaALLAH.."


(^_^)


itu baru sweet maksimum!







 Remember, marriage is not the goal. It is a means to the goal. What is the goal? Jannah. ✦


~


tak sangka saya berjaya siapkan entri penuh jiwa orang nak berkahwin ni.. huhu..


sampai berjumpa lagi di lain waktu.


tata~


out.