Thursday, September 30, 2010

:: tEraNiaYa ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

erm.. baru je tadi dapat SMS dari kak saya.. dia teraniya.. kes berkaitan dengan duit.. tak dapat saya nak cerita lebih lanjut, sebab rasanya terlalu peribadi.. 
cuma.. saya nak kongsi tentang DOA ORANG TERANIAYA..

Dari Abdullah bin Abbas ra. memberitakan Rasulullah saw. pernah bersabda:
"Takutlah doa orang yang teraniaya; kerana sesungguhnya tiadalah dinding antaranya dengan ALLAH"  
-Hadis Riwayat Al-Bukhari-

Bagi orang islam DOA adalah senjata yang paling ampuh. Lagipun, Allah berjanji kepada orang-orang yang soleh yang teraniaya dalam surah Al-Insyirah " Selepas kepayahan, pasti datang kemudahan. ".

Doa orang yang teraniaya

1. Mohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan sebagainya dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah. Baca "Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha". Sangat mujarab bagi orang-orang yang dizalimi dan cepat pula dapat jawapan dari Allah.

ATAU .......

2. Sebutkan doa di dalam bahasa kita "Ya Allah. Mereka ini ( sebut nama mereka ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini."
ATAU .....

3. Biarkan Allah balas mereka di Padang Mahsyar. Tuntut dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa kita pada mereka. Mereka akan kekal memikul dosa kita dan menerima balasan buat selama-lamanya.

ni, saya nak memohon jasa baik sesiapa yang membaca entri ni untuk mendoakan segala urusan kakak saya dipermudahkan ALLAH.. mungkin memang bukan rezeki dia yang dia teraniaya, tapi, kami mohon agar beban berkurangan.. 
syukran..

Tuesday, September 28, 2010

:: my story no.1 ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

ada orang kata, blog ni tak ada identiti 'nurussalwa hilmi'.. hehe~ ye ke ? 
yep, kalau nak diikutkan blog ni tak personal sangat.. tapi, ada jugak here and there saya include kan tentang diri saya.. erm.. meh la kita baca sikit tentang apa yang berlaku pasal saya okay.. entri ni hanyalah mengenai perkongsian pengalaman je k..

disebabkan macam dah agak lebih 6 bulan saya memelihara blog ni (sila ketawa kalau mahu..haha), takkan nak start dari cerita 6 bulan dulu kan? so, kita start dari peristiwa hari ini je la okay? 

okay, hari ni.. saya.. dapat.. pakwe duet raye.. hehe~ best kan? dah tua-tua pon dapat duet raya lagi.. lagi pulak harini dah syawal ke 20.. haaa.. memang kenalah dengan umur saya yang dah 20 jugak ni.. (^_^)
errrrr.. agak-agak anda semua la kan, pada usia berapakah seseorang itu tidak layak menerima duet raya?
kalau nak diikutkan dalam sistem perlembagaan famili saya lah kan (kesan masuk kelas perlembagaan).. selama mana seseorang itu tidak bekerja, maka dia layak untuk menerima duet raya. setuju? nampak gayanye.. ni la tahun terakhir saya menerima duet raya.. 2 years tak join diorang beraya, then bile join balik dah praktikum. yeah. memang sudah melayakkan diri untuk menjadi penyampai mohor besar raja-raja duet raya la gayanya.. 

erm.. lagi satu protokol dalam famili; "duet raya meningkat seiring usia" so, selagi tak kerja, dividen duet raya tu akan makin banyak la.. best tak? huhu~

pape pon, yang penting bila raya ni bukanlah duet raya.. yang penting tu bila ray ni kita mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita kan..

=)
terima kasih kepada KAK ANIS aka roomate lame untuk angpow ni.. masyeh~~~ hehe

dah la tu kan.. sikit2 cukup.. nanti-nanti saya cerita lagi okay.. kang hampa yang baca ni boring.. abes la.. sunyi sepi ::❤❤❤ThE GaRdEn oF LoVe ❤❤❤::  ni.. hehe~

till next entri,
= have a nice day and be happy always k =

p/s : kepada pakcik cemomoi .. "adekan duet raye untuk saya?" huuuuu~

:: pEnaT? ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

Monday, September 27, 2010

:: tak terkata, tapi tertaip sudah ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

serius saya tak suka tengok orang yang lebih nampak kesalahan orang lain dari kesalahan diorang sendiri.. hello all.. self-reflect okay.. memang bagus bila kita tegur kesalahan orang lain.. bagus sangat.. tapi, kan lagi baik kalau kita ubah dulu personaliti kita yang tak berapa nak betul jugak, kan? 
sebenarnya, Alhamdulillah la bila ada orang yang sudi nak menegur kesalahan kita. personally, I like it when people tell me if I did anything wrong.. it is just when I see people around me being told that they are wrong by some other people who think that they are good enough, this issue started to bother me.. merely because, those who being told usually get angry more than they get the message that was told to them.
ini untuk peringatan saya sendiri jugak.. why don't, before kita nak menegur orang lain tu.. kita perbaiki diri kita dulu..
kadang-kadang oleh sebab yang menegur tu orang yang sama je lebih kurang salahnya, mesej tak sampai, hati jadi sakit, mulut menyumpah, dan macam-macam lagi.. haaaaaaa., kan jadi makin tak elok keadaan tu.
of course la seorang pencuri boleh berpesan supaya jangan mencuri, tapi kalau yang berpesan tu seorang polis.. mungkin mesej itu akan lebih senang diterima..
saya bukan nak menghalang orang dari berbuat baik dengan menegur kesalahan orang lain.. teruskanlah.. itu benda baik.. cuma saya harap, yang menegur juga dapat membina peribadi yang baik.. 
whatever we do, we should reflect it back to ourselves. that is way better than being ignorant..

Firman Allah dalam surah Adz- Zariyat ayat 55 yang bermaksud:
 "Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin.."
 
*peace*


p/s : macam emo je kan.. huuuuuu~ maaf kalau ada terkasar bahasa..

Saturday, September 25, 2010

RANT NO.1

mungkin susah nak fahamkan semua orang..
nak buat semua orang faham..
nak puaskan hati semua orang..
bila satu betul, dua salah.. 
bila dua betul, empat pulak jadi salah..
kadang-kadang rasa beratnya..
kadang-kadang juga rasa macam.. "biarkan saja"
tapi, 
ada masanya kita terluka..
...

Thursday, September 2, 2010

:: SAMAT AYE ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

beliau sangat comel kan?

huhuk~ batuk dah baik orang di sana?
ok..ok.. mesti ramai tak paham ape yang cik nurussalwa nak sampaikan. hihik. ampun-ampun, saje nak bertanya kabar.. kot la ade yang tengah dok batuk kan? huhuk~

entri kali ni lansung tak ada kena mengena dengan beliau yang sangat comel diatas, ataupon batuk uhuk2 tersebut.. kali ni nak sampaikan ucapan selamat hari raye je.. hihik.. maybe macam awal je kan? nak buat macam mane, rumah tak de internet connection.. =) hehe~

esok kan dah nak balik rumah.. so, harini je lah mase yang ada nak mengepos ucapan selamat hari raya..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
ucapan ini ditujukan khas buat beliau yang sedang batuk2.. uhuk2~
kepada semua follower :: THE GARDEN OF LOVE ::
dan juga sesiapa sahaja yang terbaca post ni..

SELAMAT meraikan hari kemenangan umat islam..

SYAWAL semakin hampir,
sedang RAMADHAN semakin pergi..
walo ape pon, teruskan beramal.. ada lagi beberapa hari sebelum kita betul-betul ditinggalkan bulan mulia ni..
selamat beribadat, selamat mengejar LAITATUL QADAR..
=)

Sesungguhnya saya tau yang hasil paint saya ni huduh.. huhu~ saje je la kan..
haha..

tata all.. selamat bercuti~~