Wednesday, October 5, 2016

Cara Untuk Bahagia #1

assalamualaikum wbt and hi all.

'Cara Ingin Bahagia' ini saya akan sharekan di dalam beberapa posts yang berbeza okay.
Satu-satu :)

Harini saya nak ingatkan diri saya dan sesiapa juga yang membaca ini yang bahagia itu adalah dengan kita bersyukur atas apa yang kita ada tanpa membandingkan diri dengan orang lain. Klise kan? Semua orang tahu, yet semua orang tak abide to it pun. Termasuk yang bersungguh menaip ni.

So, tips bahagia no #1 adalah, stop comparing your relationship to others'.

Ini serius, sebab dalam zaman dunia tanpa sempadan ni, tendency untuk kita compare hidup kita dengan orang lain tu macam super tinggi.

Facebook.

Instagram.

Twitter.

Blog.

Vines.

Wechat.

You name it. Sana sini kita dapat tengok life orang lain.

Laki/bini dia tu sweet kalah gula-gula kapas. Tapi laki/bini kau tawar tak ada rasa. Eh.

Laki/bini dia tu pulak pemurah bagi iphone7 seminit lepas iphone7 dijual di Malaysia. Tapi laki/bini kau mampu belanja cadbury chocolate bar je, itupun yang smallest size. LOL

Laki bini tu pergi berjlan satu dunia. Kau laki bini pulak krik, krik, krik je kat rumah. Huhu

Yang paling tak best bila kau rasa pasangan orang lain better than yours; muka cantik / handsome, kerja bagus, perangai molek. Macam yours tu teruk beno. Dah tu buatpe kawen dengan dia dulu? Hasutan syaithooon semua ni. huhu

Walaupun banyak yang kita boleh syukurkan (when seeing not-so-nice-stuffs), kita ni being very humanly akan lebih mudah untuk rasa ada yang kurang dengan hidup kita bila tengok hidup orang lain yang lebih bahagia. Walhal, most of the time, memang orang memilih untuk tunjuk yang indah-indah je kat social media masing-masing. Takkan dia gaduh laki bina nak up gambar gaduh kat IG pulak kan. Kerja gila.. Haaa...

Kita jangan berharap sangat untuk dicintai seperti mana kita ingin dicintai, kita bercinta dengan seorang individu yang BUKAN DIRI KITA. If you know what I mean la.

What is the point of marrying your other half if you could not accept him/her the way he/she is?

Jangan jadi kejam dengan diri sendiri, jangan jadi kejam dengan pasangan kita jugak.

Cukup-cukuplah siksa diri. Accept your relationship the way it is, if you want to change it, change what's within yourself, not what's in your partner's. Kawal orang ni kerja gila yang boleh menggilakan. Baiklah kita kawal apa yang kita mampu kawal je; ourselves.

P/s: Ingat, yang nak menghancurkan rumahtangga kita tu sentiasa berbisik mesra, kita yang kena membina perisai kita sendiri, doa, doa, dan doa. Kalau kita kecundang, bukan salah dia yang menghasut pun, salah kita yang memenangkan dia.


Faham?





Love,
Puan Nurussalwa

Tuesday, October 4, 2016

Perempuan Emo, Lelaki Ego

Assalamualaikum wbt.

Kita bukan Tuhan, so jangan assume kita tahu semua benda sebab hakikat sebenarnya kita hanya tahu apa yang kita tahu.

Bila sesuatu terjadi, dan kita rasa macam nak menghukum pasangan kita, cepat-cepatlah ingatkan diri sendiri-->

"Aku cuma tahu dan judge dari sudut pandang aku sendiri, aku tak tahu sebab musabab dia buat macam tu, so tak adillah aku nak marah."

Sebab beratus kali rasa nak marah diri sendiri sebab emo tak kena tempat.

Bila husband explain, baru tahu malu sendiri.

Disebabkan benda ni dah beratus kali jadi, saya tak mahu jadi dah. Syaitan memang jahat, suka nak hasut benda tak bijak macam tu, tapi nak salahkan syaitan pun tak bijak, sebab kita yang tak bijak pergi ikut dia.

Faham?

Orang perempuan, masalah utama dia memang emosi dia yang tak stabil tu, sebagai seorang perempuan, saya mengakuinya.

Ketahuilah wahai para suami, kami cuba sedaya upaya sebenarnya melawan emosi, jadi sebagai suami, kurang-kuranglah menduga emosi kami.

Memang kita dah lama hidup sendiri, bujang, buat apa pun fikir rasional sendiri, simpan dalam kepala sendiri je. Jadi memang la para bini tak faham pun whats going on on your mind.

Dah tiba masa untuk saling berkongsi, membuat keputusan bersama, berbincang dan bersepakat.

Okay.

Bini emo, laki pulak ego.

Kurang-kurangkanlah ye masing-masing.

Image result for marriage

Love,
Puan Nurussalwa