Thursday, March 31, 2011

:: HeY pLaYbOY~! ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

hyeya all~!
tajuk kali ni : :: HeY pLaYbOY~! :: 
ape kes cik nurussalwa nak mengomel pasal playboy pulak ni kan?
haa..
saje je..terkenang-kenang kawan-kawan yang jadi mangsa ayat playboy..and..kawan-kawan yang memang playboy..
*cik nurussalwa kawan ngan playboy ke? ada la seorang dua yang identiti mereka dirahsiakan..*

kesian sangat dengan kawan-kawan yang ter'cair' dek ayat-ayat manis si playboy.. ayat diorang sah manis, kalo tak.. takde la diorang jadi playboy berjaya.. kan? kan?

sisters, kalau dah nampak kawan tu ada gaya badboy/playboy tu, jaga-jaga la okie. 

kata seorang kawan saya (playboy) :
"dalam hati seorang playboy ni ada je seseorang sebenarnya."
*betul ke? abes tu, korang kira main kayu 3, 4, 5 dan seterusnya ke?*

katanya lagi :
"biasanya playboy ni, diorang mesti pernah kena tipu or dumped by a girl, then kira macam nak balas dendamlah jadi playboy ni.."
*owh..camtu pun ada ea?*

diorang ni bukan palyboy la.. ni gambar hiasan je.. hehe~

hello brothers, jangan la macam tu.. tak baik la.. kalau rasa-rasa nak main-main tu tak payah lah.. kesian la kat girls yang korang mainkan tu.. korang maybe la main-main, yang diorang tu? mau patah hati diorang korang buat..

kalau korang pernah kena 'dumped' dengan mana-mana girl, korang mesti faham sakitnya hati bila diperlakukan macam tu kan? betul tak? kejam kan girl tu buat korang macam tu? tapi..
korang lagi kejam kalau saja-saja nak balas dendam dengan cara mematahkan hati girls lain.. tak adil.. and tak patut okie~!

nak cakap lebih-lebih pun tak mampu.. just..

girls, jaga la diri baik-baik.. playboy ni, jahat nakal diorang pun, diorang takkan jadikan girls yang nampak baiknya, yang amal suruhan agamanya, yang solehah gayanya sebagai mangsa diorang.. saya tahu.. kawan saya yang playboy tu la bagitahu.. huhuk~
*ye ke playboy sekalian? betul tak?*

and

boys, yang dah sedia playboy tu, insaf la korang.. tak baek buat camtu.. bagi yang berniat tu.. lupakan saje ea? pada yang tak playboy tu.. kekalkanlah jati diri korang.. gud..gud..

sekali lagi.. karma boleh memainkan peranan kat sini.. what goes around might come around. bukan playboy je lah.. playgirl sekali.. ingat-ingatlah.. hari ni korang buat orang, siapa tahu esok-esok, korang pulak yang terkena..

so, timbang baik-baik okie~!

cik nurussalwa tak marah.. saje nak tegur..
*peace*

p/s : kalau ada yang salah tu..ampun dan maaf saya pinta ea..

(^_^)

Wednesday, March 30, 2011

:: MaKiNg OuR WoRLd a BeTtER PLaCe ::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
السلام عليكم
❤♫❤♫❤.•*¨`*•..¸♥☼♥ ¸.•*¨`*•.♫❤♫❤♫❤

"I'm Starting With The Man In The Mirror
I'm Asking Him To Change His Ways
And No Message Could Have Been Any Clearer
If You Wanna Make The World A Better Place
(If You Wanna Make The World A Better Place)
Take A Look At Yourself, And Then Make A Change
(Take A Look At Yourself, And Then Make A Change)"
MICHAEL JACKSON : "Man In The Mirror"

Mirror Mirror on the wall... Galah - NZ - Southland by AndreaEL

hye semua (^_^) sehat? hopefully semua baik-baik la ye..

so,
topik kita pada kali ni adalah :
:: MaKiNg OuR WoRLd a BeTtER PLaCe ::

atau dalam Bahasa Ibunda kita :
:: MenJaDikAN DuNiA iNi TeMpAT yAnG LeBiH BaiK ::
(maafkan translation saya..)

ok,
korang dah baca lirik lagu Michael Jackson kat atas tu? senang je formula yang beliau sampaikan dalam lirik lagunya..
"kalau nak dunia ini menjadi tempat yang lebih baik, mulakan perubahan pada diri sendiri (the man in the mirror)"

senang je..

kalau semua orang mampu ubah diri masing-masing -----> tiada lagi jenayah ----> tiada kemusnahan -----> tiada permusuhan ----> tiada perbalahan ----> tiada peperangan dan lain-lain lagi.

|
|
|
V

DUNIA YANG LEBIH BAIK.

itu dari aspek yang sangat global.. agak sukar nak buat semua orang berubah menjadi yang baik mahupun lebih baik.. lagi-lagi kalau kita nak mengubah orang lain..
tetapi, sebagai seorang insan bernama manusia, kita mampu untuk mengawal tingkah laku masing-masing kan..? so, apa kata, kita mulakan perubahan dalam diri kita masing-masing.. setiap orang ada conscience masing-masing.. dan saya pasti, naluri untuk berbuat kebaikan itu sentiasa ada dalam diri kita.. sama ada kita nak dengar atau tak je semua tu..

makanya kawan-kawanku,
kita mulakan dari diri kita sendiri.. kebaikan ni sama la jugak macam senyuman.. boleh berjangkit kalau kena gayanya.. tak mustahil kalau kita buat baik, orang sekeliling kita pun akan ikut sama.. kan? kan?

(^_^)

Allah melantik manusia sebagai khalifah di atas muka bumi-NYA supaya kita membawa kebaikan padanya..

''Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.'' Mereka berkata: ''Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?''. Tuhan berfirman: ''Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui''(Al-Baqarah:30) 

Kalaupun kita rasa tak mampu mengubah dunia.. ubahlah diri masing-masing.. kerana sekecil manapun kebaikan yang kita buat adalah lebih baik dari apa jua bentuk keburukan..

so, 
jum tengok cermin, reflect diri dan berubah untuk jadi yang lebih baik..

-may our world be a better place-
.insyaALLAH.

(gambar salah 1 coast kat new zealand, Kapiti Coast)

ni lagu penuh, kalau nak dengar klik play ye (^_^)
video

out~
=)

Saturday, March 26, 2011

:: Sweet Girls, Kenapa Kita Bertudung (RePOST) ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

gadis-gadis manis di luar sana.. ini.. untuk anda.. ikhlas dari hati seorang gadis kurang gula 
(cik nurussalwa).

saudariku,

korang mesti pernah membaca atau came across blogs yang menegur cara bertudung and menutup aurat.. kan? saya selalu sangat terjumpa blog dengan entri-entri teguran ni.. dan.. hampir semuanya ditulis oleh wakil dari golongan Adam.

sisters,

secara jujurnyalah.. apa perasaan korang dengan teguran-teguran ni? berdasarkan komen yang saya baca dari blog-blog terlibat, ada yang menerima..tapi tak kurang jugak yang melenting dan marah.. kenapa?

sayang-sayang sekalian,

mereka menegur kerana mereka SAYANG.. mereka juga saudara kita.. mereka risau, mereka ambil berat.. hukum Allah itu bukan mainan kan? sama seperti menyelamatkan orang yang lemas, mahupun menolong orang yang kehausan, itulah yang sedang mereka cuba lakukan.. tak salah.. maka jangan marah.. tapi, cuba tengok diri kita.. dan fikirkan soalan ni..

:: SwEeT GiRLs, KeNaPa KiTa BeRTuDuNg? ::


kenapa?
kerana mak suruh? ayah suruh? ustazah suruh? ikut majoriti? mengikut fesyen semasa? atau..
kerana MENJALANKAN SURUHAN AGAMA? dan KERANA ALLAH?

my girls,
korang mesti pernah dengar hikmahnya ALLAH suruh kita bertudung dan melabuhkannya kan?

Firman Allah yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab, ayat 59).

dulu masa kat sekolah, ustad saya pernah bertanya kepada para pelajar lelaki sewaktu dalam kuliah maghrib.

ustad : yang mana satu akan korang ganggu, perempuan yang bertudung sempurna, atau yang menunjukkan aurat mereka?

korang mesti tau jawapannya kan? yep.. true.. those without proper hijab are prone to be disturbed by them

adakah untuk mendapatkan perhatian kaum mereka maka ramai gadis-gadis manis mengetepikan hukum yang satu ini? tanya diri masing-masing saudari-saudariku..

gadis cantik sekalian,
lelaki mempunyai hanya 1 nafsu.. korang pasti tahu apa yang saya maksudkan.. setiap apa yang ada pada perempuan, tak kira rupa, badan, suara mahupun tingkah laku kita, mampu menjadikan nafsu yang satu itu tak tentu hala.. korang faham maksudnya?

mereka tersiksa diasak dengan apa yang wanita lakukan.. lelaki yang baik berperang dengan nafsu masing-masing.. NAMUN!! ada juga yang kecundang.. makanya berlakulah perbuatan keji yang dibenci setiap wanita.. malah dibenci oleh setiap manusia normal yang lain..saya tak sanggup untuk menyebut apa.. saya yakin anda memahaminya..

lalu, siapa yang salah?

wahai puteri-puteri Islam,

saya juga gadis biasa yang pernah lalai tentang isu ini. yang pernah tolak tepi kepentingan syariat ini. tapi. akan sentiasa ada ruang untuk kita memperbaiki diri.. betul kan?

hari ini, masih ramai yang tak tahu dan buat-buat tak tahu tentang pemakaian dan penjagaan aurat yang sempurna..

saya sendiri masih bertatih mencari ruang kesempurnaan dalam mengerjakan syariat ini.. setiap hari mengingatkan diri.. 

"betul dah ke pakai macam ni nurussalwa?"

sisters,
kalau ketika ini kita masih tidak menyempurnakan syariat ini, tolonglah ambil masa untuk berfikir sejenak.. KENAPA SEBENARNYA KITA BERTUDUNG..

saya juga menegur kerana saya SAYANG anda dan diri saya sendiri..

saya tak mahu lagi ada teguran kasar dari sanubari lelaki untuk gadis-gadis macam saya..

kasar..tetapi benar..

maka, mari kita buang rasa sakit mereka, agar hilang kekasaran itu..

kita yang salah..maka kita betulkan..

bolehkan saudari-saudariku?

(^_^)


wallahualam~

p/s : maaf jika ada tulisan ini yang mengguris mana-mana pihak..

KHAS BUAT GADIS-GADIS CANTIK, PUTERI-PUTERI ISLAM dari gadis kurang gula.
-cik nurussalwa-

out~

Tuesday, March 22, 2011

:: NZ ePisOdEs (eP.6 : ChOcoLaTe HeaVeN ) ::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
السلام عليكم
❤♫❤♫❤.•*¨`*•..¸♥☼♥ ¸.•*¨`*•.♫❤♫❤♫❤

hyeya.. :)
apa khabar semuanya?

lama dah tak update pasal new zealand kan?

so, here we go :

:: NZ ePisOdEs (eP.6 : ChOcoLaTe HeaVeN ) ::

benda yang hampir semua orang suka adalah coklat.. kan? tak kira la budak-budak ke, remaja ke.. orang korporat ke.. doktor ke.. we LOVE chocolates aren't we? (^_^)
new zealand ni terkenal dengan dairy products and coklat diorang.. kat sini.. hampir setiap orang akan ade stock coklat masing-masing.. 
saya tak la gilakan coklat.. tapi, terpengaruh jugak la dengan orang sekeliling.. so, ade la jugak coklat dalam laci meja tu.. korang nak?? mai NZ la ye.. (^_^)

 antara coklat yang saya dapat masa birthday haritu.. ade lagi yang tak makan tu.. uhuk2..


sama jugak, birthday present.. still ade lagi separuh.. walaupun dok hulur-hulur kat kawan-kawan.. still tak habis-habis.. (-__-")


ni.. yang HAZELNUT SLAB tu sedap woo.. yang cadbury tu.. kat malaysia pun banyak.. hehe.. ade lagi dalam stock.. tak sentuh pun.. ih..ih..ih..


cadbury roses.. sedap-sedap.. (^_^)

 :: KILANG NYCO ::
haritu kami ada la pergi melawat kilang coklat.. tapi, malangnya kami pergi hari ahad.. so kilang tu tutup.. but still, kedai under kilang tu bukak.. cuma tak dapat la tengok macam mana diorang memproses coklat..


so, itu sajelah tentang coklat di NZ..
sape-sape nak boleh tempah k..
errr~ ok, gurau je..
hihi
(^_^)
-out-

Friday, March 18, 2011

Tanya Fahmi: Aku Ni Tak Cantik Ke?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
السلام عليكم
❤♫❤♫❤.•*¨`*•..¸♥☼♥ ¸.•*¨`*•.♫❤♫❤♫❤
 
 
sebelum saya menjawab pertanyaan-pertanyaan saudara Fahmi.. saya nak ucapkan terima kasihlah kerana sudi menjemput saya join ye.. sekadar memeriahkan penyertaan dan untuk tidak mengecewakan.. saya join la ye.. masyeh~

1. Apakah maksud kecantikan. Bagaimana seseorang itu boleh dikatakan cantik?
orang kata beauty lies in the eyes of the beholder. for me, setiap orang tu cantik.. mata manusia je yang menilai kecantikan berbeza-beza.. orang yang cantik ni adalah orang yang yakin and selesa dengan diri mereka..kemas dan tak selekeh.. mempunyai keperibadian yang baik jugak adalah satu kecantikan.. that is the true beauty. (^_^)

2. Adakah kecantikan itu penting? Kenapa?
kecantikan itu memang penting.. tipulah kalau kata tak. tapi, bukan kecantikan paras rupa ye..kecantikan peribadi itu lebih penting.. dan.."sesungguhnya Allah itu cantik dan suka akan kecantikan".. see.. cukup penting.. betul tak?
 
3. Apa perasaan anda bila ada orang cakap anda tak cantik? 
perasaan ye.. pada saya.. normal la ade orang nampak kita tak cantik.. itu lumrah alam la.. masing-masing ada persepsi masing-masing dalam menilai sesuatu.. yang penting saya rasa diri saya cantik (hehe).. apa orang nak kata.. katalah.. it is what we think we are that matter the most.. (^_^)
 
4. Kongsikan satu tips kecantikan yang boleh dipraktikkan bersama.
untuk mendapatkan wajah yang cantik.. solat subuh jangan tinggal ye.. kenape? sebab..
sabda Nabi Muhammad S.A.W: "barang siapa yang meninggalkan solat subuh, tiadalah NUR di wajahnya"
see.. mudah je.. tak payah berjam-jam duduk kat spa, atau butik kecantikan.. and.. free of charge lagi.. (^_^)

"people view beauty in thousands of different ways.. it is in your heart somewhere.. jiwa yang bersih akan memberi cahaya pada wajah.. keceriaan dan senyuman itu aksesori yang menambah seri sedia ada.."
 
 
akhir kata,
"korang semua CANTIK.."

masyeh~

dipersilakan kepada dua orang kakak yang cantik ni untuk join segmen Fahmi ni ye..

 
cukuplah tu..
-out-

Thursday, March 17, 2011

:: My LiL bRotHer ::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
السلام عليكم
❤♫❤♫❤.•*¨`*•..¸♥☼♥ ¸.•*¨`*•.♫❤♫❤♫❤
 
saya nak perkenalkan one of my two little brothers..
 
bunyik macam nakal je nama die kan?
 
ye.. memang die nakal pun.. gile-gile sikit.. tapi.. hati baik woo.. walaupun suka carik gadoh.. dok jauh-jauh kami ok, kalau dekat.. ade je lah yang tak kena.. hehe
kan dekmat?
 
 and, yep, he is also a blogger..
 
macam kakak die jugak la..
 
blog die lebih santai.. kalau sudi.. pergi la lawat die ye..
 siyus BEST..
 
(^_^)
 
 klik header ni ye.. thanx.. =)
 
 
 hensem jugak ea.. tengok sis die la..
 
(^_^)
 
and, for my lil brother..
 
all the best with your life..
 
jadilah orang yang berguna yep..
 
love u brother.
 
take care kat ceruk UITM kuala pilah tu ye..
 
belajar rajin-rajin..
and..
 
 

PERCAYA pada takdir.. takda sesuatu yang berlaku tanpa hikmah disebaliknya..

HIDUP tak selamanya DERITA..

*peace*
 
out~